Wanita Berang Tampal Tuala Wanita Di Kereta Kekasih, Baca Puncanya!


CHINA: Seorang wanita, Li Tan, 23, bertindak bodoh apabila melekatkan tuala wanita di kereta teman lelakinya kerana mengesyaiki kekasihnya, De Wu, 24, mempunyai hubungan sulit.

Dia yang mengamuk kerana De Wu lambat balik ke rumah, telah membeli 30 keping tuala wanita dan kemudian menampalnya di kereta sewa milik kekasihnya itu di hadapan orang ramai.

Selepas melakukan kerja bodoh itu, Li Tan telah mengambil gamabr kereta tesebut lalu dimuat naik
dalam media sosial dengan kapsyen ` Ye betul….saya yang melakukannya’’.

Selepas De Wu balik ke rumah, dia telah dimarahi oleh Li Tan kerana balik lambat.

De Wu kemudiannya menerangkan dia tidak berlaku curang sebaliknya dia berada di rumah kawannya kerana mereka merancang untuk mengadakan parti hari jadi untuk Li Tan.

De Wu juga menunjukkan resit tempahan restoran untuk meraikan hari istimewa kekasihnya itu.

“Saya juga memaklumkan kepada Li Tan bahawa semua kawan-kawannya akan hadir pada majlis meraikan hari jadinya. Dia akhirnya percaya.

“Namun saya rasa tiada orang yang akan menyewa kenderaan itu lagi,’’ kata De Wu. -Siakapkeli.com.my

Wanita Berang Tampal Tuala Wanita Di Kereta Kekasih, Baca Puncanya! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel