QZ8501: MAYAT PENUMPANG TERPERANGKAP DALAM BANGKAI PESAWAT




SURABAYA - Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) percaya, lebih banyak mayat penumpang dan anak kapal QZ8501 akan ditemui terperangkap dalam pesawat, sekiranya bangkai pesawat itu dapat ditimbulkan semula.

Lapor AFP, BASARNAS kini menumpukan usaha untuk mengesan lima objek besar berukuran 18 meter panjang dan 5.4 meter lebar yang dipercayai adalah fiuslaj pesawat.


Sehingga kini, seramai 37 mayat penumpang dan anak kapal sudah ditemui dan bakinya dijangka akan ditemui terperangkap dalam pesawat itu.

Pasukan penyelam masih meneruskan percubaan untuk mengesan 'objek besar' di dasar laut yang dipercayai adalah bangkai pesawat QZ8501.

QZ8501: MAYAT PENUMPANG TERPERANGKAP DALAM BANGKAI PESAWAT Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel