Tersebar, Polis Dedah 12 Gambar Hooligan Malaysia Yang Dikehendaki!


SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang giat mengesan 12 suspek utama berhubung insiden pergaduhan pada perlawanan separuh akhir Piala AFF di Stadium Shah Alam, malam Ahad yang lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan 12 suspek berkenaan kerana dipercayai dalang kepada insiden itu yang menyebabkan beberapa orang penyokong Vietnam cedera.


Katanya, sebelum tamat perlawanan pada malam Ahad lalu, sekumpulan kecil penyokong Malaysia bertindak melakukan kekecohan.

Polis kini sedang mengesan semua individu terbabit untuk membantu dan melengkapkan kertas siasatan. 

"Insiden ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya. - Harian Metro

Tersebar, Polis Dedah 12 Gambar Hooligan Malaysia Yang Dikehendaki! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel