Luahan Hati Rakyat, Pegawai Wanita MBSA Biadab Dengan Orang Tua!


Baru-baru ini, saya dan kawan-kawan makan di sebuah restoran yang terletak di Shah Alam pada waktu 1.00 tengah hari.

Ketika saya dan kawan-kawan serta pelanggan yang berada di dalam restoran sedang menjamu selera, tiba-tiba sekumpulan pegawai MBSA (wanita) menjalankan tugas memberikan saman pada kereta yang tidak mempunyai tiket parking.

Kereta kawan saya memang ada pelekat parking bulanan. Duduk je la tengok gelagat pelanggan yang masing-masing berlari ke kereta bagi mengelakkan kereta disaman. 

Ada yang tengah makan berhenti sekejap, ada yang tengah beratur panjang di kaunter, berlari ke kereta. Dalam khayal melihat gelagat pelanggan di restoran itu, saya ternampak seorang pakcik tua dalam lingkungan 70 tahun berlari-lari anak ke arah keretanya.

Saya tengok nombor pendaftaran keretanya bukan berasal dari Selangor, tetapi dari Kelantan, berdasarkan permulan plat "D". Mungkin dia datang untuk tengok anaknya konvo di UiTM Shah Alam, berdasarkan ada sejambak bunga dan patung bear di bahagian belakang kereta.

Saya dan kawan-kawan nampak pakcik itu bercakap sesuatu dengan pegawai MBSA. Tiba-tiba pelanggan yang berada di restoran itu terkejut bilamana pegawai wanita MBSA itu meninggikan suara pada pakcik itu sampai boleh didengari dari dalam restoran. Jadi saya dan kawan-kawan pergi mendapatkan pakcik untuk melihat keadaan sebenar.

Rupa-rupanya pakcik itu merayu agar tidak dikenakan saman kerana dia tidak tahu parking kena bayar tiket sebab dia berasal dari Gua Musang, Kelantan. Tambahan pula, dia tidak tahu nak beli tiket parking di mana sebab Shah Alam dah tiada mesin tiket macam dulu. Lagipun tidak sangka pada waktu makan tengahari, ada pegawai  MBSA saman bertugas.

Dengan muka berlagak, pegawai wanita itu dengan nada yang kasar, dia cakap pada lelaki itu,

"Lain kali sebelum makan pergi cari tiket dulu!!!"

Pakcik itu hanya terkebil-kebil apabila dimarah oleh wanita berkenaan. Ye la, orang tua kan, faham-faham je la reaksi bila kena marah.

Saya dan kawan-kawan tidak puas hati dengan cara wanita itu dan tanya kenapa perlu bercakap kasar dengan orang tua sedangkan pakcik tu sudah bagi alasan yang dia berasal dari Kelantan dan tidak tahu sistem bayaran parking di Selangor kena guna tiket. Dengan nada biadab, pegawai wanita itu sekali lagi berkata,

"Kalau tak puas hati, suka hati kamu la. Saya cuma jalankan tugas,"katanya sambil terus menggenakan saman dan merakam gambar kereta pakcik itu.

Lepas itu saya dan kawan-kawan pergi masuk ke dalam restoran dan memimpin pakcik itu  tadi masuk ke restoran semula. Sambil pimpin itu, tiba-tiba saya rasa sedih dan membayangkan bagaimana jika kejadian itu berlaku pada emak atau datuk saya kalau pergi ke negeri luar yang ada pegawai wanita MBSA yang kurang ajar seperti ini?

Selepas kejadian itu, saya buat aduan pada MBSA mengenai kelakuan biadab pegawai wanita tersebut. Namun menurut kakitangannya, MBSA memang mengambil pegawai-pegawai yang mukanya bengis dan muka tembok. Kalau ambil muka yang baik, cakap lembut-lembut, orang takkan takut.
HELLO MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM, tak salah ambil pegawai wanita MBSA yang mukanya bengis dan tak tahu malu kalau itulah alasan kamu. Tetapi perlu ke pegawai yang bersikap biadap terhadap orang tua? Kalau dengan orang tua pun boleh bersikap biadab dan tak ada rasa hormat, apatah lagi dengan orang muda seperti saya? Saya rasa, saya yang kena maki dengan pegawai MBSA kalau tiada tiket parking. Apalah salahnya cakap baik-baik dengan pakcik itu sebab pakcik itu pun sudah cuba merayu. Ini tidak, terus saman dan buat muka macam minta penampar, terajang dan diludah.

Kepada pihak berwajib MBSA!! Tolong nasihatkan pegawai anda supaya jaga mulut ketika bercakap. Wanita melayu kena jaga adab bercakap. Jangan malukan nama wanita melayu pada bangsa lain dengan kurang ajar.

Saya rasa, polis pun ada sifat budi bahasa kalau nak mengenakan saman pada pengguna jalan raya yang buat kesalahan. Ini tidak, berlagak macam kerja bagus sangat dan perlu ke datang saman dekat restoran waktu lunch hour?

Dan pihak MBSA perlu wujud semula mesin tiket parking, sebab bukan semua orang yang parking kereta berasal dari Shah Alam. Lagipun bukan semua kedai ada jual parking tiket. Cuma sesetengah kedai sahaja. Itu pun cuma yang menjadi ejen sahaja. Jadi bila ada mesin tiket, senang pada orang yang tiada kupon tiket beli tiket di mesin.

Kepada penduduk Shah Alam, diharap dapat menyampaikan hasrat ini pada MBSA supaya sikap biadap pegawai mereka tidak keterlaluan. Hari ini, berlaku pada pakcik itu, esok lusa mana tahu kena pada ahli keluarga anda pula. 

Luahan Hati Rakyat, Pegawai Wanita MBSA Biadab Dengan Orang Tua! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel