Sekali Cukuplah! Lelaki Dedah Pengalaman Buruk Tolong Kedai Tayar Melayu


Tujuan aku kongsi cerita ini, bukan nak buat apa-apa tohmahan kepada mereka yang berkenaan dan juga bukan nak tuntut apa yang aku dah rugi. Aku redha dan halalkan, cuma tujuan aku di sini untuk jadikan sebagai pendoman kepada peniaga-peniaga melayu yang lain.

Kisahnya, ada satu kedai tayar ini memang sudah lama beroperasi. Dari zaman bapanya hinggalah diwariskan kepada anaknya.

Kedai tayar ini, aku selalu pergi pada tahun 2000 - 2004 bila nak servis tayar. Kemudian, baru-baru ini, aku pergi balik, tengok² dah tukar ownership. Ikut kata orang, pemiliknya yang berbangsa cina itu telah lari pada waktu malam dan menjual kedai itu kepada orang melayu. Puncanya, lari kerana hutang judi dengan ah long.

Atas semangat nak tolong bangsa melayu, aku pergilah ke kedai ini. Try servis kereta kami sikit-sikit, nak tengok okay ke tidak. Sehinggalah pada bulan November lepas, aku perasan tayar belakang dah nampak haus sampai nampak dawai. Bukan sebiji tayar, dua biji tayar belakang.

Jadi, aku rujuk pada kedai-kedai yang lain. Rata-rata memberikan pandangan bahawa masalah adalah pada tayar itu sendiri.

Aku pun hantar kereta semula ke kedai melayu ini tadi. Malangnya, pomen melayu dan pemiliknya kata tayar belakang kereta aku bergesel dengan body sehingga menyebabkan tayar itu terkoyak.

Seboleh-bolehnya, mereka nak menyalahkan aku. Malah kereta itu dibawa ke kedai pembekal tayar. Sekali lagi kami dipersalahkan. Mereka dakwa kami 'bikin absorber' sampai jadi macam itu.

Nyata mereka berkata-kata tanpa menggunakan akal. Apa jadahnya aku nak 'bikin absorber' kalau dah MPV memang tak perlu nak 'bikin absorber'?

Jalan penyelesaian yang mereka sarankan pada aku petang semalam, beli tayar yang lain dan tayar yang lama mereka ambil dan claim dengan company tayar. Menurut mereka, dua tiga bulan, baru settle.

Aku bengang, aku bawa kereta keluar dari kedai itu. Sebab aku tengok, kalau lagi lama aku kat kedai itu, lagi banyak mereka nak salahkan aku.

Jadi, pagi tadi, aku pergi ke kedai tayar member aku bangsa Cina dan dia terus test tanpa banyak bunyi. Dia minta tempoh dua minggu untuk claim balik tayar itu ke kilang. Sementara itu dia bagi tayar pengganti secondhand.

Kesimpulan di sini, niat aku nak tolong peniagaan orang melayu memang fail. Fail after sales. Kalaulah kedai melayu itu tadi ada usaha nak pinjamkan tayar spare, mungkin aku tak terkilan. Tetapi tindakan mereka main lepas tangan amat-amat mengecewakan aku. Apa pun, aku halalkan.

Harap peniaga melayu yang lain jangan buat mahupun ulangi kejadian yang tidak bertanggungjawab seperti ini.

Sekali Cukuplah! Lelaki Dedah Pengalaman Buruk Tolong Kedai Tayar Melayu Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel