(GAMBAR) Lans Koperal Ditahan Cuba Seludup Keluar 4 Warga Vietnam!
Padang Besar: Seorang anggota polis lelaki berpangkat Lans Koperal berusia 27 tahun dicekup pihak Imigresen ketika cuba menyeludup keluar empat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) keluar melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin(ICQ) Padang Besar, Perlis kira-kira 7 pagi semalam (Ahad).
Suspek yang bertugas di Seremban berkenaan dicekup ketika cuba menyeludup keluar empat PATI dari Vietnam di laluan keluar kompleks ICQ Padang Besar di sini.
Difahamkan, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu mengambil kempat-empat PATI itu di Stesyen Bas Changlun sebelum menyembunyikan dua daripada PATI berkenaan di dalam bonet belakang kereta miliknya manakala dua lagi di bahagian penumpang belakang dan depan kereta.
Suspek kemudian ditahan Imigresen ketika melalui laluan keluar ICQ Padang Besar menuju ke Thailand sebelum ditahan pihak Imigresen bertugas di situ.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Imigresen negeri Zulhilmi Zulkifli ketika mengesahkan perkara itu berkata suspek kini direman selama tujuh hari dan PATI berkenaan kini ditahan pihaknya.
Katanya, suspek yang dipercayai sudah empat kali melakukan aktiviti penyeludupan manusia sebelum ini akan disiasat mengikut Seksyen 26K(2) Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.-Harian Metro
Related Articles :
Apa Itu Puskas Award FIFA? Senarai Pemenang Bermula Tahun 2009 Anugerah Puskás FIFA telah diperkenalkan pada 20 Oktober oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di bawah P ...
Hajat Berkahwin Tidak Direstui, Baca Apa Tindakan Gadis 19 Tahun Ini! JOHOR BAHRU - "Minta bantuan orang ramai, anak saudara saya lari dari rumah sejak semalam bersama seorang lelaki Bangladesh. ...
Terkini Kes DERMA: Selepas Adakan Mesyuarat, SPRM Tampil Buat Kenyataan Mengejutkan Ini! KUALA LUMPUR, 27 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membentangkan semula keputusan Peguam Negara, Tan Sri ...
VIRAL! Video Kanak-Kanak Perempuan Diikat Dan Diseksa Depan Ibunya! Sebuah video viral yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang menjerit dan menangis akibat diperlakuan kejam oleh seorang le ...
(7 Gambar) 20 Ribu Sambut Kehadiran Mukhriz Di Stadium Darulaman! Himpunan #SelamatkanKedah di Stadium Darulaman dihadiri lebih 20 ribu orang rakyat Kedah.Kedatangan YAB Dato Seri Mukhriz Mahathir ber ...