Terkini, seorang wanita juga turut menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan.
“Sebahagian duit yang kena curi/hack. Terus licin acc bank. Call Maybank, buat report, kena tunggu 45 hari baru dapat tahu. Sedih, memang sedih. Terduduk tak tahu nak cakap macam mana. Tapi redha jela. Mungkin bukan rezekiku. Duit gaji habis licin. Nasib sempat bayar apa yang patut.”
Ini merupakan kes kedua pengguna Maybank kehilangan wang dari akaun bank melalui transaksi yang dibuat tanpa pengetahuan mereka.
Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak Maybank berkenaan kes ini.
Tetapi, bagi mereka yang menggunakan kad bank untuk membeli barang atau perkhidmatan secara online, pastikan nombor kad bank dan kod sekuriti dipadamkan agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Pengguna Maybank dinasihatkan berhati-hati dalam sebarang transaksi online. - MY MEDIA HUB