PANAS! Yusof Haslam Hentam Wardina, Kenapa?



Menerusi kenyataan yang di keluarkan oleh Wardina Safiyyah tentang isu buli yang kerap berlaku kebelakangan ini dengan menyalahkan filem-filem gengster tempatan. Turut terkesan dengan kenyataan Wardina, Yusof Haslam mengangap bahawa tindakan pelakon itu  tidak matang.

Yusof turut berkata, tindakan Wardina Safiyyah  yang mempunyai pelajaran tinggi tidak sepatutnya menunding jari pada mana-mana pihak tanpa mengkaji punca gejala sosial dan buli itu terjadi di kalangan remaja masakini.

Kata Yusof Haslam lagi kepada mstar:-

"Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja.
"Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?
"Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya?," 

Pada Khamis lalu menerusi media sosial facebook Wardina Safiyyah  dia meminta agar penerbit filem berunsur gengster bertanggungjawap diatas kes buli yang melibatkan pelajar sekolah yang semakin menjadi-jadi sejak akhir ini.

Wardina Safiyyah turut berkata lambakan filem gengster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada remaja untuk meniru aksi ganas terbabit.


Sumber: Hotlipscorner

PANAS! Yusof Haslam Hentam Wardina, Kenapa? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel