Respon Sedih Luahan Hati Siti Nurhaliza Dilapor Wanita ke-3 TERKAYA di Malaysia!

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (gambar) terkejut dengan laporan penyenaraian namanya sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia seperti yang dilaporkan sebuah portal berita beberapa hari lalu.

Menurut penyanyi popular itu, penilaian jumlah kekayaannya sebanyak RM50 juta seperti yang dilaporkan portal berkenaan tidak begitu tepat dan beliau secara peribadi, kurang senang dengan berita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu.

“Saya ada membaca berita tersebut dan agak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan. Apa yang boleh saya katakan saya amat bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Portal berita savemoney.my dalam laporan berita mengenai lima wanita terkaya di Malaysia menyenaraikan nama Siti Nurhaliza, 36, di kedudukan ketiga dengan anggaran aset kekayaan mencecah angka RM50 juta.

Kedudukan pertama dalam senarai itu ialah pewaris kekayaan pengasas Genting Highland, Puan Sri Lee Kim Hua dengan aset kekayaan berjumlah RM21.32 bi­lion sementara pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh pula berada di kedudukan kedua dengan jumlah kekayaan sebanyak RM875 juta pada 2013.

Dua lagi personaliti wanita Malaysia yang turut disenaraikan ialah bekas Ratu Cantik Malaysia 1969, Pauline Chai yang berada di kedudukan keempat serta Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol Ann David di kedudukan kelima.

Penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Cindai itu turut me­negaskan, beliau masih lagi bekerja keras dalam bidang seni selain memberi tumpuan serius dalam cabang perniagaan lain.

“Saya tidak begitu senang dengan jumlah yang dinyatakan, kerana saya masih bekerja keras dalam bidang seni dan perniagaan dan tidak begitu tepat untuk membuat penilaian berdasarkan jumlah yang dinyatakan,” ujar Siti Nurhaliza yang juga pengasas produk kecantikan jenama SimplySiti.

Siti Nurhaliza merupakan an­tara penyanyi Melayu yang mencapai rekod cemerlang dalam industri hiburan sepanjang 20 tahun menceburi bidang seni dengan jumlah anugerah kejayaan yang diraih sepanjang tempoh itu melebihi 200 anugerah.

Sumber : Utusan Malaysia

Respon Sedih Luahan Hati Siti Nurhaliza Dilapor Wanita ke-3 TERKAYA di Malaysia! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel