Kanak-Kanak Nyaris Keracunan Akibat Telan Ubat Demam Sebotol!


Gara-gara termakan ubat demam dalam dos yang terlalu banyak, seorang kanak-kanak lelaki dikejarkan ke hospital. 

Baca perkongsian pengalaman tragik si ibu di bawah:

Pengalaman paling menakutkan saya sejak menjadi ibu kepada dua orang anak lelaki.

Anak kedua saya, Muhammad Imran, overdose PCM (ubat demam). Yang mana Imran minum ubat berkenaan sendiri tanpa pengetahuan saya. Habis satu botol ditelannya. 

Pengalaman tragik ketika berada di bahagian kecemasan, Hospital Taiping, mendengar anak saya menjerit dan menangis sebab dipaksa untuk minum air arang. Ubat untuk menyerap racun sebanyak mungkin supaya racun tidak menyerang hati dan buah pinggang Imran.

Pengalaman ini benar-benar membuatkan saya amat takut. 

Sekarang, alhamdulillah, Imran dah sihat tanpa sebarang komplikasi. 

Jadi peringatan yang berguna kepada ibu-ibu yang lain terutamanya diri saya agar sentiasa berwaspada. Jangan sesekali terlepas pandang. Nak pula juga kita mempunyai anak yang sangat aktif dan lasak seperti Imran dan kanak-kanak yang lain.

Allah Yang Maha Melindungi.

by Noorzaida Baharun



(Artikel ini ditulis semula untuk siaran di My Media Hub)

Kredit: MyMediaHub

Kanak-Kanak Nyaris Keracunan Akibat Telan Ubat Demam Sebotol! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel