Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menegaskan beliau tidak akan berkunjung ke negeri di bawah bayu itu tanpa ditemani oleh pengawal peribadi.
Dipetik dari Sin Chew Daily,
“Tanpa pengawal peribadi, saya tak akan pergi ke timur Sabah,”
Malah beliau turut berkata dirinya tidak akan dapat tidur dengan nyenyak ketika melawat negeri di kepulauan Borneo itu. Ini kerana, kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah menunjukkan bahawa kawasan berkenaan tidak selamat.
Nazri juga dilaporkan berkata, lebih baik bersikap jujur terhadap perkara itu daripada menyembunyikannya.
Selain dari mempromosikan pelancongan, beliau juga bertanggungjawab memastikan keselamatan pelancong di Malaysia.
“Saya hanya akan bercakap benar, walaupun di parlimen. Sesetengah orang tidak gembira tetapi itu utusan mereka,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menafikan dakwaan menteri berkenaan dan masih ramai lagi pelancong asing datang berkunjung di negeri itu. - My Media Hub