Neelofa baru-baru ini telah berkongsi gambar di dalam laman sosialnya sebentuk cincin bertatahkan berlian yang telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan andaian daripada peminatnya di laman sosial.
Dalam status itu Neelofa menulis LOML singkatan dari perkataan 'Love Of My Life' dan apa lagi pelbagai andaian dan pertanyaan la yang keluar. Ada yang mengatakan itu diberi dari insan tersayang, ada yang mangatakan cincin itu cincin tunang dan ada yang mengatakan cincin itu cincin kahwin.
Neelofa yang sebelum ini telah putus cinta dengan pelakon kacak Hans Isaac beberapa bulan lalu kelihatan hanya menyepi tanpa menjawab apa. Mungkin kerana tidak mahu kecoh atau pun tunggu sehingga masa yang sesuaikan.
Sebelum ini Neelofa telah digosipkan dengan seorang kerabat di raja dan Neeofa berjanji akan menjawab hal itu tetapi masih menyepi sehingga sekarang.
Apapun admin doakan yang terbaik tuk Lofa semoga cepat kahwin dan bahagia dunia dan akhirat.- Sumber Siakapkeli.com.my