Home /
Semasa /
Terkini Kes DERMA: Selepas Adakan Mesyuarat, SPRM Tampil Buat Kenyataan Mengejutkan Ini!
Terkini Kes DERMA: Selepas Adakan Mesyuarat, SPRM Tampil Buat Kenyataan Mengejutkan Ini!
KUALA LUMPUR, 27 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membentangkan semula keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang sebelum ini mengarahkan kes SRC International dan dana RM2.6 billion yang melibatkan Perdana Menteri, Najib Razak ditutup.
Dalam satu kenyataan pada hari ini, SPRM memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat khas pada hari ini yang bertujuan membincangkan keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara itu.
"Pengurusan Tertinggi SPRM memutuskan untuk membentangkan keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), salah satu badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009, untuk penilaian dan pertimbangan oleh PPO dan sebuah lagi panel khas yang akan dilantik.
"Salah satu terma rujukan PPO ialah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya," kata kenyataan tersebut sebagaimana lapor Astro Awani.
Menurut SPRM juga, PPO dianggotai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai Pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Prof Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee.
Peguam Negara pada Selasa dalam satu sidang media berkata tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berkaitan dengan kes SRC International dan dan RM2.6 billion. - Siakapkeli.my
Related Articles :
PERGH!! Annuar Musa Puji Ahmad Maslan, Tengok Apa Dia Kata! KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa memuji komitmen yang diberikan Datuk Ahmad Maslan sepanjang tempoh khidmat wakil rakyat dari P ...
Nama 'Harimau Malaya' Diganti Dengan Nama Baharu Yang Lebih Moden, Jom Tengok! KUALA LUMPUR, 2 Februari 2016: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini membuat pengumuman untuk mengguna nama baharu untuk skua ...
Sampai Macam Ni Sekali SSM Kejar Peniaga Online Yang Tak Berdaftar! Nasiblaaa... KUALA LUMPUR - Mana-mana peniaga online yang masih belum mendaftarkan perniagaan mereka kini berdepan dengan tindakan tegas Suruhanja ...
Video Mangsa Buli Dipaksa Jilat Jalan, Menyalak Seperti Anjing Jadi Viral PETALING JAYA, 2 Feb: Satu video yang merakamkan dua pelajar sekolah dibuli oleh sekumpulan remaja menjadi viral di media sosia ...
Berani Ke Nak Ciplak Jersi Baharu Kelantan? Ini Amaran Tegas Dato Vida! KOTA BHARU – Saman RM1 juta akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat pengeluar baju di negara ini jika didapati menciplak jersi ...