Home /
Semasa /
Sukan /
Komen Terkini TMJ Mengenai Undang-Undang FAM Mengejutkan Semua Pihak... MENUSUK!
Komen Terkini TMJ Mengenai Undang-Undang FAM Mengejutkan Semua Pihak... MENUSUK!
Pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menempelak tuntutan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terhadap bekas pemain Harimau Muda C, Muhammad Hafiy Haikal Ismail yang memilih untuk menganggotai JDT II dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini.
Menurut Tunku Ismail, seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya professionalnya sendiri selepas program Harimau Muda dibubarkan.
Tunku Ismail juga menyifatkan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan bekas pemain Harimau Muda untuk kembali ke negeri asal tidak relevan.
"Pada saya undang-undang FAM adalah undang-undang paling bodoh sekali. Pada saya pemain Harimau Muda boleh pergi ke mana-mana pasukan yang mereka mahu, kerana kita tidak boleh memaksa pemain untuk bermain bersama pasukan yang tidak dikehendaki mereka," kata Tunku Ismail sebagaimana lapor Astro Awani.
Sebelum ini, KLFA menegaskan akan menuntut Hafiy dan dua lagi bekas pemain Harimau Muda C, iaitu M. Kogileswaran dan R. Dinesh.
Selain itu, Tunku Ismail juga berkata dia masih lagi belum berpuas hati dengan aksi pra musim JDT dan pertemuan telah pun diadakan dengan pengendali pasukan Mario Gomez. Selain itu Tunku Ismail juga berkata dia tidak menolak kemungkinan akan melakukan rombakan.
"Saya telah berbincang dengan Mario, terdapat beberapa perkara akan kita ubah," katanya. -Siakapkeli.my
Related Articles :
'Harimau Malaya' Jawab Isu Pemain Bola Sepak Sabah & Sarawak DIANAKTIRIKAN! Kepada penyokong bola sepak Sabah dan Sarawak... Admin mohon agar kamu boleh lebih bersifat profesional dalam isu pemilihan pe ...
'Sampai Hati Awak Sebarkan Gambar & Video Bogel Saya' - Luah Hana, Mangsa Cinta Monyet Media SosialBUTTERWORTH - Terperangkap dengan cinta monyet, ramai gadis menanggung malu sepanjang hayat selepas gambar b0gel mereka yang hanya ber ...
Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2016 Online, Duit Dah Masuk Ke?? Panduan Cara Buat Semakan Status Permohonan BR1M 2016. Hendak tahu status permohonan BR1M 2016 anda samada berjaya atau tidak ...
VIRAL! Video Kanak-Kanak Perempuan Diikat Dan Diseksa Depan Ibunya! Sebuah video viral yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang menjerit dan menangis akibat diperlakuan kejam oleh seorang le ...
Sayu, Luahan Ibubapa Awa, Kanak-Kanak yang Maut Terjatuh Dalam Tangki Kumbahan Jasin: "Saya tidak percaya selagi tidak nampak jasadnya, jadi saya masih bertenang apabila tiba di sekolah sehinggalah saya nam ...