Remaja 15 tahun hantar gambar lucah pada murid darjah 6!
KUALA LUMPUR - Seorang pelajar lelaki 'terlampau' didapati cuba menggoda seorang murid perempuan berusia 12 tahun dengan menghantar pelbagai gambar 'lu-cah' ke telefon bimbit mangsa.
Pelajar lelaki terbabit dikatakan sengaja menghantar gambar kemaluan lelaki dan wanita melalui WeChat selepas berkenalan dengan mangsa.
Perkara itu hanya disedari oleh ibu mangsa setelah tergerak hati memeriksa telefon pintar milik anaknya itu.
Bimbang dengan perkara itu, ibu mangsa menghubungi penganalisis jenayah, Kamal Effendi Hashim bagi mendapatkan pandangan sebelum disarankan membuat laporan polis.
Menurut Kamal, tindakan pelajar lelaki itu amat menjijikkan berikutan usianya yang masih mentah.
Dipetik dari Harian Metro, “Berdasarkan pemeriksaan pada telefon bimbit itu, suspek yang berusia 15 tahun terbabit turut menulis perkataan melampau ‘dulu aku bukan cinta kau sangat! aku hanya bernafsu dengan kau sahaja’.
“Kata-kata lu-cah itu diselitkan bersama tiga keping gambar ‘panas’ itu dianggap satu bentuk serangan dan jenayah seksual. Perkara ini amat menakutkan dan membuktikan golongan remaja kini mudah terdedah dengan pelbagai gejala tidak sihat,” katanya.
Tambahnya lagi, kes seumpama itu boleh disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Kejadian seumpama ini bukan lagi kes terpencil berikutan semakin ramai pelajar sekolah terdedah dengan gangguan atau serangan seksual melalui pelbagai aplikasi sama ada WeChat atau WhatsApp.
“Saya menasihatkan golongan remaja terutama perempuan supaya tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dir0gol,” katanya.
Ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak-anak dan memastikan kandungan di dalam telefon bimbit atau pintar anak mereka.
Related Articles :
Komen Terkini TMJ Mengenai Undang-Undang FAM Mengejutkan Semua Pihak... MENUSUK! Pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menempelak tuntutan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur ( ...
Padah ‘Berangan’ Jadi Askar, Lihat Apa Yang Berlaku Kepada Pekerja Dobi Warga Asing Ini! RIYADH – Seorang pekerja dobi tidak menyangka tindakannya mengambil selfie sambil berpakaian tentera milik pelanggannya itu boleh ...
Masih Ingat Nur Shafiqa Mangsa Toreh Perompak 13 Bulan Lalu? Inilah 3 Foto Terbaru Beliau! Kini, Nur Shafiqa sering ditemani suaminya, Mohd Azij-ja Zafran kerana masih fobia tinggal bersendirian di rumah. ...
Benarkah? Guru Agama Dakwa Dipukul Dua Polis, Diberitahu "Pergi Mampus Dengan Motosikal Hang"! ALOR SETAR - Seorang guru agama mendakwa dia telah dicederakan di kepala dan tangan setelah digari, dipukul dan ditumbuk oleh d ...
Video Mangsa Buli Dipaksa Jilat Jalan, Menyalak Seperti Anjing Jadi Viral PETALING JAYA, 2 Feb: Satu video yang merakamkan dua pelajar sekolah dibuli oleh sekumpulan remaja menjadi viral di media sosia ...