Dato Siti Nurhaliza Berisiko Tinggi Untuk Diculik! Ini Sebabnya
KUALA LUMPUR – Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 35, yang didakwa sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia boleh berdepan ancaman penculikan oleh sindiket-sindiket tertentu yang mahu mengambil kesempatan atas kekayaan penyanyi tersohor tanah air itu.
Penganalisis jenayah, S. Jeevan berkata, maklumat seumpama itu boleh menjadi perhatian kumpulan penjenayah dalam merangka sasaran mereka bagi melakukan jenayah terancang untuk menculik biduanita berkenaan.
“Berdasarkan keadaan ekonomi negara malah dunia yang tidak begitu stabil, maka informasi mengenai siapa kaya dan siapa berharta boleh membuatkan mereka yang sudah lama menunggu peluang ini mengambil tindakan di luar jangkaan.
“Oleh sebab itu, apabila keluarnya laporan mengatakan Siti Nurhaliza merupakan wanita ketiga terkaya, maka dia tidak boleh memandang remeh atau ambil mudah akan hal ini sebaliknya perlu ada inisiatif untuk meningkatkan keselamatan diri serta keluarga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Terdahulu beliau diminta mengulas laporan Kosmo! semalam bahawa Siti Nurhaliza mengakui keselamatan dirinya tergugat setelah penyebaran maklumat mengenai dirinya menjadi wanita ketiga terkaya di Malaysia dengan kekayaan dianggarkan RM50 juta.
Dalam pada itu, Jeevan memberitahu, kerajaan tidak boleh menyekat atau mengambil tindakan ke atas pihak yang mengeluarkan laporan mengenai kekayaan Siti Nurhaliza kerana ia melibatkan hak asasi individu iaitu kebebasan bersuara.
Bagaimanapun katanya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Jaga Dia Untukku itu perlu membuat laporan ke Mahkamah Sivil sekiranya beliau mahu berbuat demikian bagi melindungi hak asasi dirinya.
kamithemedia.blogspot.com
Related Articles :
(5 GAMBAR) TAHNIAH! USTAZ DON TIMANG ANAK KEDUA Tahniah diucapkan buat Ustaz Don Daniyal Don Bijayid diatas kelahiran putera keduanya baru-baru ini. Bayi keduanya itu telah di ...
"Tahniah, Syabas" CIMB - Neelofa Kritik Servis Lembab CIMB! Kebiasaannya jarang sekali kita perlu berhadapan dengan masalah-masalah yang melibatkan bank. Sekiranya timbul masalah sekalipun, pe ...
5 Gambar Anak Dara Rosyam Nor Yang Sangat Comel, Pasti Cair! SIAPA tidak kenal dengan artis bernama Rosyam Nor yang telah menjadi seorang legend dalam dunia hiburan dan perfileman. Mungkin ...
Che Ta Buat Ramai Wanita Jeles Dengan Pengakuan Berani Mati Ini! Rata-rata peminat setia mengetahui bahawa Che Ta merupakan salah seorang selebriti yang sangat menitikberatkan penampilan. Baru-bar ...
Selepas Menang Juara Parodi, Ini Luahan Ikhlas Tauke kepada Pak Yus, Ramai Tak Sangka! Kelmarin, Pertandingan Juara Parodi sudah pun berakhir dan seperti yang anda tahu pemenangnya ialah Kobis Pedas yang dianggotai ...