PENIAGA ONLINE BIADAB, MARAH PELANGGAN MINTA PULANGKAN BAKI BAYARAN!


Kisahnya, seorang pengguna membeli barang dari seorang peniaga online yang berharga RM41.00. 

Oleh kerana tiada akaun Maybank, pembeli terpaksa membuat pembayaran menggunakan mesin ATM Maybank sebanyak RM50.00 kerana ATM tak dapat terima duit kertas RM1.00.

Selepas membuat pembayaran, pembeli memaklumkan kepada peniaga online tersebut agar memulangkan baki wangnya berserta dengan barangan yang telah dibeli olehnya tadi.

Bagaimanapun, peniaga online berkenaan berang dengan tindakan si pembeli.


"Siapa suruh bank in RM50? Transfer je la RM41. Kan senang cerita? Ni nak menyusahkan orang pula nak letak duit baki dalam sampul," marah peniaga online berkenaan.

Dalam nada yang masih tenang, si pembeli memohon maaf dan menjelaskan dia tidak mempunyai akaun Maybank.

"Sorry sis, saya tak ada akaun Maybank. Itu yang bank in je. Saya mita diskaun seringgit pun, sis kata tak boleh. Habis tu, baki RM9 tu sis tak nak pulangkan ke?," soalnya kembali.

Soalan si pembeli menambahkan lagi amarah si peniaga itu. 

"Seringit pun nak diskaun ke? Kami di sini memang tidak akan memulangkan baki kepada pelanggan. Baki akan ditolak pada belian yang seterusnya. Terima kasih," balasnya. 

Tindakan peniaga berkenaan mengundang kecaman teruk dari netizen yang rata-rata melabelkan peniaga itu kedekut, sombong dan biadab.

"Itu teknik penipuan dalam bisnes online. Letak harga yang orang tak boleh nak bank in. Balance dia boleh sapu. Bayangkan kalau ada 10 pelanggan sehari. Atas angin dah dapat RM90. Kalau 100 pelanggan?" dedah seorang netizen. 

Adalah wajar pengadu mendedahkan nama peniaga berkenaan agar orang lain tidak menjadi mangsa peniaga yang tamak haloba ini. Moga menjadi pengajaran pada mereka yang suka beli barang secara online. 

PENIAGA ONLINE BIADAB, MARAH PELANGGAN MINTA PULANGKAN BAKI BAYARAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel