Kejadah! Tabiat Suka Parking Depan Rumah Orang


Sikap pentingkan diri dan sikap yang suka mengambil 'jalan mudah' untuk menyelesaikan masalah diri sehingga menyusahkan orang lain kerap kali terjadi dan diamalkan oleh masyarakat kita. 

Entah apa yang bermain di fikiran golongan seperti ini. 

Terbaru, seorang lelaki berang dengan tindakan pemilik Perodua Kenari, nombor pendaftaran WML 7140 yang selamba meletakkan kereta di hadapan pagar rumahnya.

Akibatnya, ibu kepada lelaki itu tidak dapat mengerjakan solat subuh di surau dan terpaksa berjalan kaki. 

"Pastikan park kereta di rumah sendiri, bukan di depan rumah orang dan menyusahkan tuan rumah.

"Awak telah menyusahkan ibu saya. Kerana awak, dia tak dapat ke surau untuk beribadah," katanya.

Sebagai balasan, lelaki itu meletakkan beberapa pasu bunga di belakang kereta itu.

Sikap sesetengah masyarakat kita amat gemar mengambil jalan mudah dan jika boleh, semua nak letak kereta mereka dekat pintu masuk rumah/bangunan sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain.

Kejadah! Tabiat Suka Parking Depan Rumah Orang Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel