Home /
Lain-Lain /
Teknologi /
Mak Oiii! Hanphone Ini Berharga RM13 Juta, Selepas Tahu Sebabnya Baru Saya Faham!
Mak Oiii! Hanphone Ini Berharga RM13 Juta, Selepas Tahu Sebabnya Baru Saya Faham!
Iphone 6 paling mahal di dunia dipamerkan kepada umum kelmarin dan ia bukan setakat dibuat daripada emas 24 karat, tetapi turut bertatahkan puluhan berlian kecil.
Harga ditawarkan ialah RM13 juta.
Syarikat Goldgenie bertanggungjawab menghasilkan rekabentuk luar biasa ini dengan logo Apple dibuat daripada berlian. Sepanjang sisi peranti itu juga dihiasi dengan permata berharga itu.
Antara pelanggannya sebelum ini ialah pelari pecut Usain Bolt, bekas bintang bola sepak David Beckham, penyanyi rap P Diddy.
Pengasas Goldenie Laban Roomes berkata: “Ini mungkin telefon bimbit paling eksklusif di dunia ketika ini. Nilainya sama dengan sebuah pulau kecil.”
Iphone Diamond Ecstasy boleh disesuaikan mengikut citarasa pelanggan, dengan pilihan emas, platinum atau kemasan keemasan-merah mawar.
Mereka juga boleh memilih sendiri berlian atau permata lain untuk menghiasinya.
Jika anda tidak mampu untuk memiliki edisi berlian, Goldgenie menawarkan telefon peribadi bermula dari RM53,000.
Ini bukan pertama kali sebuah syarikat menawarkan iPhone mahal terlampau.
Tahun lalu, pereka Alexander Amosu mencipta iPhone 6 emas dengan bertatahkan 6,127 butir berlian untuk seorang pelanggan yang tidak diketahui identitinya.
Logo Apple dengan emas padu juga diletak di belakang dan telefon bimbit itu dijual dengan harga £1.7 juta (RM9 juta) – Agensi
Hosted on: kamithemedia.blogspot.com
Related Articles :
Pekerja Swasta Terpaksa Solat Bersembunyi Di Tempat Kerja KULIM - Hampir setahun seorang pekerja di sebuah syarikat swasta di bandar ini yang hanya mahu dikenali Haiza, 28, terpaksa menun ...
Fakta Mengenai Internet Malaysia Ini Bakal Mengejutkan Anda! PENGGUNA siber di Malaysia sewajarnya berasa bersyukur kerana tanpa disedari ramai pihak, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ...
(3 GAMBAR) Wanita Dengar Bunyi Pelik Di Dalam Dinding, Bila Dipecahkan, Rupanyaa... !! Seorang wanita mendengar bunyi pelik di dalam dinding dan selepas dipecahkan, kelihatan seekor anak kucing yang masih lagi hidup. ...
Terbaik! Apa Yang Kilang Di Beijing Ini Lakukan Boleh Dicontohi Oleh Syarikat Malaysia Beijing: Sebuah kilang di Chongqing bertindak mengubah suai bumbung seluas 10,000 meter persegi menjadi tapak pertanian.Jurucakap ki ...
10 Sebab Kenapa Wanita Dilarang Pilih Suami Orang! 1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan ...