Home /
Luar Negara /
Kerana Terlalu Rimas Ditanya Bila Hendak Kawin, Lelaki Culik Wanita Untuk Jadikan Isteri!
Kerana Terlalu Rimas Ditanya Bila Hendak Kawin, Lelaki Culik Wanita Untuk Jadikan Isteri!
GUANGDONG,CHINA: Kerana terlalu rimas selalu ditanya dan diasak oleh ibu dan bapanya bila hendak berkahwin, seorang lelaki Liu Hung, 32, dari wilayah Daliang di sini telah bertindak menculik seorang wanita untuk menipu ibu bapanya bahawa beliau sudah berkahwin.
Beliau menunggu di tepi jalan dengan meliahat orang lalu lalang sambil memerhati wanita yang sesuai untuk diculik.
Selepas terlihat wanita yang sesuai beliau telah menangkap wanita tersebut dan mengikat tangan serta menutup mulutnya sebelum mengatur satu majlis perkahwinan.
Bagaimanapun wanita tersebut telah berjaya membuka ikatan tangan lalu menghubungi teman lelakinya.
Teman lelaki wanita tersebut telah membuat laporan polis dan pihak polis telah berjaya mengesan lokasi beliau berada melalui isyarat telefon yang digunakannya.
Pihak berkuasa kemudiannya menangkap Liu di rumahnya ketika dia sedang membawa balik dokumen perkahwinan mereka.
Dia dilaporkan memberitahu polis: "Saya satu-satunya anak dalam keluarga tetapi tidak mempunyai teman wanita atau isteri, dan saya telah bosan apabila pulang ke rumah pasti akan diasaka dengan soalan bila saya akan kawai. Ia adalah situasi yang amat sukar."
China mempunyai masalah besar dengan kekurangan populasi kaum wanita berbanding lelaki kerana dasar satu anak di negara itu. Kerana dasar itu golongan lelaki lebih ramai disana menyebabkan ramai lelaki disana membujang. - Siakapkeli.com.my
Related Articles :
Ucapan Menteri Singapura Ini Membuatkan Ramai Rakyat Malaysia SENTAP! Kenapa? Seorang menteri dari Singapura telah mencetuskan kontroversi baru-bari ini selepas beliau di dalam satu ucapannya melahirkan kesyuku ...
2 GAMBAR: Penuntut BENGANG Kolej Buat Tandas ‘TRANSPARENT’! SEBUAH kolej di China mencetuskan kemarahan para penuntutnya apabila mendirikan tandas ‘transparent’ di asrama. Ia menjadi ...
Gempar! TV Rusia Dedah Gambar Saat MH17 Ditembak Jet Pejuang [SILA KLIK UNTUK BESARKAN MANA-MANA GAMBAR] Jika semalam sebuah laporan dari egensi penyiasatan Rusia melaporkan mengenai satu at ...
Punca Sebenar Jasad Ibu Yang Dikebumi 3 Hari Terpelanting Keluar Dari Kubur Terjawab! Seorang pegawai perisikan telah disahkan maut manakala bapanya mengalami cedera parah selepas bom yang ditanam di dalam kubur ibu ...
(GAMBAR) Tukang kayu cipta kereta mesra alam, harganya bakal mengejutkan anda! LIU memandu kereta ciptaannya ke jalan raya. Shenyang, Liaoning: Bulan lalu Liu Fulong menghasilkan sebuah kereta perisai kayu leng ...