Audition Cari Penganti Hasbullah Awang, Lihat Syarat-Syaratnya, Anda Layak??


Sekiranya sebelum ini stesyen televisyen hanya menyiarkan rancangan ujibakat, mencari penyanyi dan pelawak sahaja. Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila Media Prima cuba membuat kelainan dengan menganjurkan sesi ujibakat mencari pengulas bola.

Usaha ini mungkin sedikit sebanyak dapat mencungkil banyak lagi bakat-bakat besar yang mana boleh menjadi pengulas sukan sehebat Allahyarham Datuk Hasbullah Awang yang kita semua tahu kehebatan beliau dalam mengulas perlawanan bola sepak.


Berikut adalah syarat-syarat penyertaan ujibakat tersebut:

1. Mempunyai suara besar dan lantang.
2. Berusia 25 tahun dan ke atas.
3. Mempunyai kecergasan suara yang baik.
4. Memiliki inspirasi ketika mengulas sukan dan ujibakat.
5. Terbuka kepada lelaki & perempuan.


Sesi ujibakat akan diadakan pada Sabtu ini, jam 10 pagi dan bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, Damansara.

Kepada mereka yang rasa mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan maka bolehlah mencuba. Sumber─ Siakapkeli.com.my

Audition Cari Penganti Hasbullah Awang, Lihat Syarat-Syaratnya, Anda Layak?? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel