Akhirnya! TPM Tampil Jelaskan Punca Pengambilan Pekerja Asing Ditangguh Serta Merta


KOTA SAMARAHAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan penangguhan pemgabilan semua pekerja asing dari negara sumber berkuat kuasa serta merta.

Menurut beliau, penangguhan itu turut melibatkan pengambilan pekerja dari Bangladesh.

"Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk melakukan penanggguhan pengambilan semua pekerja asing dari semua negara sumber termasuk Bangladesh," katanya dalam sidang media selepas mengadakan majlis mesra Timbalan Perdana Menteri bersama anggota tentera Kem Muara Tuang.

Menurut beliau, penangguhan ini akan berjalan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja asing yang diperlukan oleh industri dan juga bagi membolehkan kerajaan mengkaji pelbagai perkara termasukan melibatkan pembayaran levi dua tahap.

"Penangguhan ini dibuat bagi pihak membolehkan kerajaan meneliti semula keputusan terhadap pembayaran levi dua tahap atau two tear levi program.

"Selain itu, ia bagi membolehkan tumpuan kepada program pengajian semula serta melakukan penguatkuasaan untuk menentukan tidak ada pekerja-pekerja asing yang baharu dibawa ke Malaysia dan mana-mana pekerja yang tidak ada dokumen atau melebihi tempoh tinggal di Malaysia, mereka akan ditangkap,ditahan dan dihantar pulang ke negara asal mereka," jelasnya.

Selain itu, Zahid turut menyarankan agar majikan mengutamakan pekerja tempatan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja syarikat mereka. - Siakapkeli.my

Akhirnya! TPM Tampil Jelaskan Punca Pengambilan Pekerja Asing Ditangguh Serta Merta Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel