Gambar Rakaman Imej Pontianak Di Hospital Banting! Benarkah??


Imej yang didakwa menyerupai pontianak yang telah dirakamkan di Hospital Banting kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB).

Walaupun kepercayaan orang ramai dalam kewujudan makhluk halus tidak boleh diketepikan, tetapi orang ramai diminta berhenti menyebarkan gambar tersebut.

Menurut bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin, beliau percaya perkara ini wujud namun beliau menyeru masyarakat agar tidak terpengaruh sehingga menakutkan pelanggan hospital.

Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit.

“Kewujudan makhluk halus di kawasan-kawasan berkenaan tidak dapat dinafikan,” kata Samad.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa hal ini tidak seharusnya dijadikan sebagai isu utama, sedangkan yang Maha Berkuasa adalah ALLAH SWT.
Kredit Gambar: Sinar Harian

Gambar Rakaman Imej Pontianak Di Hospital Banting! Benarkah?? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel