Sampai Macam Ni Sekali SSM Kejar Peniaga Online Yang Tak Berdaftar! Nasiblaaa...


KUALA LUMPUR - Mana-mana peniaga online yang masih belum mendaftarkan perniagaan mereka kini berdepan dengan tindakan tegas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata, SSM pada ketika ini sedang mengumpul pelbagai maklumat mengenai syarikat-syarikat perniagaan online menerusi unit khas pemeriksaan yang telah ditubuhkan, lapor Kosmo!


"Memang terdapat dalam perancangan SSM untuk mengawal perniagaan online tahun ini. Satu unit khas akan mengumpul dan memantau maklumat menerusi internet, media sosial, surat khabar dan aduan dari orang ramai.


"SSM juga akan berkerjasama dengan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta persatuan-persatuan perniagaan online bagi mengenalpasti pemilik perniagaan ini," katanya.


Mana-mana pemilik perniagaan online yang gagal mendaftar secara sah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 di bawa Akta Syarikat 1965. - THEHYPEMEDIA.COM

Sampai Macam Ni Sekali SSM Kejar Peniaga Online Yang Tak Berdaftar! Nasiblaaa... Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel