Gempar! Penemuan Kotak Berplastik Hitam Disyaki BOM di Jalan Kuching (5 Gambar)

Kotak yang mendatangkan kebimbangan. Foto : Astro Awani

Kuala Lumpur, 19 Jan -Unit pemusnah bom dan anjing pengesan digerakkan ke sebuah kondominium di Jalang Kuching disini berikutan kebimbangan sebuah kotak dibungkus plastik adalah bom.

Namun penduduk di kejiranan Kondominium Putramas 1 di Jalan Kuching lega apabila kotak berbalut plastik hitam itu disahkan bukan bom.

Menurut Komander Operasi Kanan Bomba Kuala Lumpur PBK II Zakaria Yusuf, polis telah mengesahkan bahawa bungkusan itu tidak mengandungi apa-apa bahan berbahaya.

"Ia hanya sebuah kotak yang biasa digunakan oleh pemancing namun tidak mempunyai isi dan dibungkus kemas dalam bungkusan plastik," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Zakaria berkata jentera tiba di lokasi kira-kira jam 5.30 petang dan pihaknya menemui sebuah kotak yang dibalut dengan plastik hitam di atas pokok dengan dibawahnya terdapat silinder gas yang disyaki mengandungi bahan letupan. - Siakapkeli.my

Unit pemusnah bom tiba di lokasi



Gempar! Penemuan Kotak Berplastik Hitam Disyaki BOM di Jalan Kuching (5 Gambar) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel