'Apa Kelas Pakai Kereta Kancil/Viva?!' - Haters


Sekarang dah menjadi trend dengan lambakan gay-gay di Malaysia. Maksud saya ialah budaya ejek mengejek di kalangan ahli-ahli kelab kereta. Yang ada Honda, kutuk Perodua Kancil, yang ada Proton Wira cabuk kutuk kereta Perodua Viva.

Apa kejadahnya semua ini? Cuba tanamkan dalam diri itu sikap menghormati dan persahabatan walaupun kita hanya memandu kerete Proton Tiara. Jangan ingat Tiara tidak boleh berkawan dengan kereta suka seperti Evo dan Skyline. 

Kelompok jenis haters seperti ini semakin membesar dan amat berbahaya. Bahaya orang seperti ini boleh menyebabkan berlakukan permusuhan. Mereka akan kamcing dengan gang-gang kaum sejenis saja. 

Aku pernah terkena dan aku tahu bagaimana menyampahnya dengan gang-gang gay seperti ini. Kalau melepak, bila mereka mula bercerita nak upgrade enjin, mulalah gang-gang gay ini berahsia depan mata kita. Diulangi, depan mata kita. Siap berbisik-bisik lagi. 

Disebabkan perangai seperti inilah membuatkan aku takkan lepak lagi dengan mereka yang gay ini. Kenapa perlu jadi begitu? Sedangkan dalam dunia motorsports ini luas, teramat luas. Tidak mengapa jika kita mengagungkan enjin yang kita miliki tetapi jangan sampai menidakkan kemampuan enjin kereta yang lain. Kita harus bercampur agar kita mempunyai ilmu pengetahuan mengenai jenis-jenis enjin yang lain. Kita bertukar-tukar pandangan kerana mungkin ada perkara yang kita boleh ambil untuk tingkatkan prestasi enjin kereta kita sendiri. 

Jadi, buat korang yang gay, berubahlah. Tiada gunanya korang dalam kemlompak korang sendiri dan korang akan anggap korang yang terbaik. Lepas itu jumpa dengan orang yang lebih dari korang, mulalah kata mereka guna barang-barang gempak, padahal standard mended. 

Kalau korang jenis suka berbincang dengan orang lain, maka percayalah, enjin yang korang ada mesti laju seperti roket. Tak baik kutuk mengutuk, diam-diam sudahlah. Sekian. Motorsports for life. - Syafiq Tyre |

Kredit: THEHYPEMEDIA.COM

'Apa Kelas Pakai Kereta Kancil/Viva?!' - Haters Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel