Bermula Di Pasar Tani, Kini Datuk "Terlajak Laris" Pakai Rolls-Royce!


SIKIT-sikit lama-lama jadi bukit, Mungkin itu pepatah yang paling sesuai untuk merujuk kepada kisah kejayaan Datuk Aliff Syukri ataupun lebih dikenali sebagai Datuk Terlajak Laris.

Rata-rata masyarakat yang pernah mengikuti kisah lampau hidupnya sebelum ini, pasti tahu bahawa beliau bukanlah datang daripada latar belakang keluarga senang.

Dalam kenyataannya sebelum ini menerusi program TV mahupun laman sosialnya, Aliff sering menceritakan betapa sukarnya dia ketika mula-mula menapak dalam industri kecantikkan.

Siapa sangka, Aliff yang kini bergelar jutawan dan memiliki wisma sendiri bernilai RM2.5 juta di Kota Damansara, mula bertatih dengan berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Shah Alam selama dua tahun!

Namun, itu semua cerita beberapa tahun lalu. Hasil usahanya kini, produknya D’herbs telah dikenali seantero Malaysia malah sudah memasuki pasaran global.

Dek kerana kejayaannya, Aliff kini mampu untuk memakai kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit iaitu Rolls-Royce. Wow!

Berkongsi di Instagram peribadinya, beliau memuat naik dua keping foto menunjukkan kereta barunya itu.

Selain itu, Aliff turut berkongsi coretan tentang impiannya untuk memiliki kereta tersebut, juga memberikan kata-kata semangat buat individu-individu lain di luar sana. Jom kita baca.

“Hari ini saya seakan bermimpi dan berkhayal tetapi menjadi nyata..dan teringat saya dulu… saya pernah berjalan kaki dulu kerana tiada kenderaan dan tiada wang untuk membeli kereta dan saya berniaga berjalan kaki ke rumah dan pejabat…. melihat keadaan saya itu membuatkan saya berazam bahawa cabaran adalah semangat pada saya untuk berjaya… tiada perkataan tak boleh dalam kamus hidup saya… kerana hanya kita yang berhak mengubah kehidupan dan diri kita bukan orang lain… Dalam hidup tiada yang mudah… semuanya perlu kerja keras untuk mencapai matlamat dan impian untuk berjaya… Jangan sesekali putus asa dan serahkan takdir hidup kita pada keadaan walaupun telah banyak kali gagal… kerana gagal bukan noktah kehidupan kerana saya juga pernah gagal… Alhamdulillah impian abang tercapai hari ni untuk memiliki kereta idaman iaitu Rolrose “selalu tengok filem orang putih ada kereta ni jadi nak juga merasa”…. bukan tujuan untuk menunjuk jauh sekali riak… hanya untuk memberi semangat bahawa kepada semua khususnya peniaga melayu wanita dan lelaki kita boleh berjaya walaupun siapapun anda!! yang penting kita perlu berusaha bukan hanya khayalan dan angan2…

“Ingat jangan main nombor ekor atau skim cepat kaya sebab “yang cepat naik cepat juga jatuh”.. jadi ikutlah aliran yg betul dalam perniagaan… jangan sampai yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran dan fokus terhadap apa jua yang dilakukan dan Insya Allah ada rezeki menanti… Allah sangat sayangkan hambanya yang rajin berusaha…* dah lengguh tangan saya taip panjang2 ehhehe.”

Kalau ada yang masih ingat, beberapa bulan lalu, Aliff turut membuat kejutan kepada isterinya, Datin Nur Shahida Abdul Rashid ketika sambutan hari lahir apabila menghadiahkan sebuah Range Rover. Masyuk betul, kan?

Ya, tidak salah untuk berangan-angan memiliki kemewahan dan kesenangan, asalkan ia disusuli dengan keazaman, usaha serta doa.

Pastinya, kisah hidup Datuk Terlajak Laris ini harus dijadikan contoh kepada masyarakat di luar sana bahawa tiada yang mustahil di dunia ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Bermula Di Pasar Tani, Kini Datuk "Terlajak Laris" Pakai Rolls-Royce! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel