Afdlin Shauki Buat Kenyataan Mengejutkan Mengenai Lawak Ker Der 2015
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Afdlin Shauki memberitahu bakal mempersembahkan lawak yang lebih cenderung kepada agama Islam pada persembahan stand up comedy di pementasan Lawak Ker Der 2015.
Afdlin,43, berkata, dia akan menggunakan medium komedi yang kini lebih mudah diterima masyarakat dalam menyampaikan dakwah.
"Saya akan cuba ke arah lawak yang mempunyai pengisian tentang Islam dan gunakan medium komedi ini untuk selitkan dakwah.
"Lagi pula, kalau kita lihat ustaz-ustaz sekarang ramai yang berceramah dengan cara yang kelakar dan orang ramai lebih mudah untuk terima. Lawak tersebut berkaitan tentang Islam dan apa yang umat Islam selalu lupa tentang beberapa perkara dalam Islam," ujarnya kepada mStar Online.
Pementasan Lawak Ker Der 2015 bakal bermula pada 16 hingga 19 April depan di Panggung Sari, Istana Budaya.
Sementara itu, kata Afdlin, dia sudah melihat perkembangan komedi dakwah seperti itu telah dilakukan di negara luar.
"Seperti di negara luar seperti Amerika Syarikat sudah ada kumpulan stand up comedy yang popular dengan dakwah-dakwah mereka.
"Pengisian mereka banyak mengingatkan orang tentang Islam, jadi ingin cuba juga ke arah itu," ujarnya.
Bagaimanapun, Afdlin berkata, dia perlu lebih berhati-hati agar apa yang cuba disampaikan itu tidak disalah tafsir atau dianggap mempersendakan agama.
Dalam pada itu, Afdlin turut berkata, dia tidak akan membawakan karekter seorang perempuan seperti yang pernah dilakukannya dalam program Maharaja Lawak Mega 2012.
Afdlin berkata, watak Datin Maimon yang pernah dibawa itu mendapat teguran beberapa pakar agama.
"Saya tidak akan bawa watak yang menyerupai wanita seperti Datin Maimon dahulu kerana mendapat banyak teguran daripada ustaz.
"Mulanya saya fikir ia hanya sebagai lakonan sahaja dan saya tidak mencukur janggut pun untuk watak itu, namun selepas mendapat kepastian daripada Mufti Perak Tan Sri Harunsani Zakaria , saya putuskan tidak mahu membawa watak seperti itu lagi," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Afdlin berkata, dia sibuk menguruskan perniagaannya jenama fesyen miliknya, Pelikat Pants yang kini sudah mempunyai beberapa cawangan termasuk di Afrika Selatan dan Australia.
Selain itu, dia juga aktif menerima jemputan terlibat dalam seminar dan memberi ceramah motivasi. - mStar Online
Related Articles :
Korang Pasti Terkejut Besar! Inilah Pekerjaan Mira Filzah Sebelum Jadi Artis!Korang Pasti Terkejut Besar! Ini Pekerjaan Mira Filzah Sebelum Jadi Artis! Konfirm Artis Lain Jeles Dgn Mira ni kanSekarang ini drama ...
(GAMBAR) Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Filem, Lihat Wajah Terkini Aamir Khan Yang Amat Mengejutkan! Ini baru namanya pelakon hebat, sanggup korbankan bentuk fizikal semata-mata untuk menjayakan wataknya dalam sebuah filem. Pela ...
Tweet Viral Potong Stim Gegarvaganza: Ini Penjelasan Fizo Omar Susulan Tweet "Potong Stimnya" baru-baru ini, pelakon, Fizo Omar membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook miliknya.Namun, ...
(7 Foto) Masih Ingat Wajah Waheeda Pelakon Filem Anak Mami, Jangan Terkejut Tengok Wajah Terbaru Beliau!! Daripada lirik mata Waheeda pun Abang Nara dah boleh agak betapa bahagia hidupnya bersama Akhil Hayy sekarang. Lagi beberapa keping ...
Terbongkar! Ditanya Punca Fafau Nekad Tinggalkan HotFM, Ini Respons Beliau! Setelah 10 tahun berkhidmat, penyampai radio, Farah Fauzana baru sahaja mengumumkan yang dia bakal berhenti daripada menjadi peyamp ...