Home /
Semasa /
5 Pelajar Didenda Tanggalkan Baju Dan Seluar Kerana Tidak Memakai Pakaian Ada Nama Sekolah!
5 Pelajar Didenda Tanggalkan Baju Dan Seluar Kerana Tidak Memakai Pakaian Ada Nama Sekolah!
KUALA LUMPUR: Kerana tidak memakai pakaian yang mempunyai nama sekolah, seramai lima orang pelajar tingkatan satu sekolah menengah lelaki di Ampang diarahkan menanggalkan seluar dan baju.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 25 Mac lalu dan ibu bapa kanak-kanak tersebut telah tampil membuat pendedahan mengenai kejadian tersebut.
Menurut bapa kepada salah seorang pelajar berkenaan, tindakan itu dikenakan ke atas anaknya telah mengakibat anaknya berasa malu dan enggan ke sekolah.
“Tindakan guru disiplin sekolah itu adalah tidak wajar memandangkan cara hukuman yang dikenakan ke atas mereka jelas jauh menyimpang dari etika seorang pendidik.
“Saya kecewa dengan guru berkenaan, anak saya dan rakan-rakan diarahkan menanggalkan seluar dan ada juga baju hanya kerana tidak memakai pakaian seragam yang ada nama sekolah.
“Saya akui ada kesilapan anak saya disitu, cuma apa yang saya cukup ralat, mengapa hukuman begitu dikenakan. Dan ada di kalangan lima dari mereka ini pada ketika itu tidak memakai seluar dalam pun.
“Saya tidak faham mengapa cikgu berkenaan mengambil tindakan sedemikian,” katanya dipetik dari The Rakyat Post hari ini.
Mereka telah membuat satu laporan polis dan berharap tindakan sewajarnya diambil kepapa pihak sekolah kerana tindakan denda tersebut adalah keterlaluan.
Malah, mereka turut memanjangkan perkara ini kepada Pejabat Pelajaran dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kes ini mendapat tindakan sewajarnya. -Siakapkeli.com.my
Related Articles :
Masih Ingat Nur Shafiqa Mangsa Toreh Perompak 13 Bulan Lalu? Inilah 3 Foto Terbaru Beliau! Kini, Nur Shafiqa sering ditemani suaminya, Mohd Azij-ja Zafran kerana masih fobia tinggal bersendirian di rumah. ...
VIRAL! Kacang Pagoda Tidak Halal? Ini Penjelasan Sebenar Pihak JAKIM! Gambar yang viral menunjukkan kacang cap Pagoda dan Ngan Yin dilabel tidak halal. AUTA Status halal kacang cap Pagoda dan Ngan ...
Video Mangsa Buli Dipaksa Jilat Jalan, Menyalak Seperti Anjing Jadi Viral PETALING JAYA, 2 Feb: Satu video yang merakamkan dua pelajar sekolah dibuli oleh sekumpulan remaja menjadi viral di media sosia ...
Padah ‘Berangan’ Jadi Askar, Lihat Apa Yang Berlaku Kepada Pekerja Dobi Warga Asing Ini! RIYADH – Seorang pekerja dobi tidak menyangka tindakannya mengambil selfie sambil berpakaian tentera milik pelanggannya itu boleh ...
Terbongkar! Adakah Ini Alasan Sebenar Kerajaan Bawa Masuk 1.5 Juta Warga Bangladesh?? SHAH ALAM: Timbalan Perdana menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mencabar belia di negara ini untuk menceburi sektor pekerjaan ...