(3 Gambar) Bomba Berjaya Tangkap Buaya Sesat Di Bintulu!


BINTULU: Atas maklumat orang ramai mengenai kehadiran buaya di kawasan mereka, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Samalaju telah bertindak pantas dan berjaya menangkap seekor buaya sesat di dalam parit berdekatan sebauh ladang kelapa sawit di sini semalam.

Kehadiran buaya tersebut telah di sedari oleh pekerja ladang sawit berkenaan yang terletak di Jalan Persisir.

Menurut jurucakap pihak pihak Balai Bomba Dan Penyelamat Samalaju, mereka menerima panggilan dari orang pekerja Ladang Derawan tersebut pada pukul 3.45 petang dan terus bergegas ke lokasi.



Operasi yang diketuai oleh Pek Layang itu, berjaya menangkap haiwan reptilia berkenaan dengan menggunakan tali dan kanvas.

Menerusi maklumat yang kami terima, buaya berkenaan telah diserahkan kepada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan akan diitempatkan di Taman Tumbina, Bintulu. -Siakapkeli.com.my

(3 Gambar) Bomba Berjaya Tangkap Buaya Sesat Di Bintulu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel