Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal memperkenalkan Teknologi grid pintar dan sistem Tarif Masa Penggunaan kepada semua pengguna yang dijangka membolehkan pengguna menjimatkan bil elektrik di masa depan.
Teknologi tersebut dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2017 nanti menerusi pengenalan meter baharu dan pemasangan menyeluruh dalam masa 10 tahun akan datang.
Dengan pengenala meter baru ini pihak TNB akan mengetahui penggunaan kuasa bagi zon tertentu dalam satu masa untuk membolehkan mereka melakukan penyelarasan bekelan tenaga secukupnya mengikut keperluan.
Sistem ini dikatana lebih cekap dan tepat dengan penggunaan tenaga lebih terkawal.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Ir Azman Mohd, berkata sistem grid pintar sedang diuji guna sejak dua tahun lalu.
"Menerusi sistem Tarif Masa Penggunaan pula, pengiraan kadar tarif juga berbeza kerana diukur mengikut waktu penggunaannya," katanya yang dipetik dari berita harian selepas pelancaran Program Latihan Industri 'TNB Better Brighter' Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Makmal Grid Pintar UNITEN di sini hari ini.
Menurut Azman sistem grid pintar ini telah dilaksanakan menerusi dua projek perintis di Melaka dan Putrajaya.
"Projek itu yang dijalankan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Suruhanjaya Tenaga dan Unit Pengurusan dan Penyampaian Prestasi (PEMANDU) membabitkan pemasangan 800 unit meter pintar di Melaka dan 200 unit di Putrajaya.
"Meter berkenaan berfungsi untuk mengelak ketirisan tenaga dan maklumat yang diperoleh dapat membantu membimbing pengguna supaya menggunakan elektrik dengan lebih bijak.Katanya. - Siakapkeli.com.my