TERKINI! Zero Tampil Beri Respons Dakwaan Mereka Sekarang Dah Mula BERLAGAK!
TIADA angin.. tiada ribut, tiba-tiba ada khabar angin mendakwa kononnya kumpulan Zero semakin berlagak semenjak menjuarai program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM 2014).
Tuduhan itu nyata mengejutkan ahli kumpulan ini yang beranggapan ada pihak sengaja mengada-adakan cerita bagi mengaibkan Zero.
Susulan itu, salah seorang anggota Zero, Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif, 24, berkata, dia terkejut dengan tuduhan tersebut namun menganggapnya sebagai satu ‘bayaran’ apabila mula dikenali.
“Anggapan kami berlagak selepas MLM adalah salah kerana kami masih seperti dahulu dan pelik bagaimana tiba-tiba kami dituduh sedemikian.
“Bagaimanapun itu terpulang kepada pihak yang menilai kerana kami masih individu sama dan sedar akan asal usul kami,” katanya seperti dipetik menerusi mStar Online.
Menurut seorang pengurus acara, Zero sudah berubah dan semakin berlagak setelah memenangi MLM2014. Jika dahulu senang sahaja nak berurusan dengan mereka tetapi sekarang sudah sebaliknya.
Bagaimanapun Sharif menyangkal dakwaan kononnya mereka bersikap sombong selain kini sukar berurusan untuk menjayakan persembahan.
“Kami sedar diri kami siapa dan dari mana asal usul kami. Tuduhan sedemkian tidak sepatutnya berlaku dan pada yang mengenali kami rasanya mereka tahu kami bagaimana.
“Tuduhan ‘demand’ dan sukar berurusan itu semua tidak benar malah Zero tidak pernah meletakkan harga tertentu,” jelasnya.
Lebih mengejutkan, ada juga dakwaan bahawa kumpulan Zero tidak mahu bernaung dibawah pengurusan Astro. Erm.. betul ke?
Menurut Sharif, mereka bertiga tidak pernah menolak tawaran untuk bernaung di bawah pengurusan Astro sebaliknya memberitahu mereka meminta masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan.
“Bukan kami tolak tetapi minta masa untuk berfikir. Tambahan pula kami masih baharu dan tidak mahu bergantung kepada orang lain buat masa ini.
“Biarlah kami belajar menguruskan diri sendiri dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.
Mungkinkah Zero sendiri mempunyai pilihan lebih baik buat masa depan mereka?
Tak apalah, paling penting kumpulan ini terus ‘Pantas mundur, kecuali operasi.’
Kredit: kamithemedia.blogspot.com