Bercakap kepada Astro Gempak baru baru ini, Sepahtu yang dianggotai oleh Jep dan Shuib akui yang mereka telah membuat keputusan untuk tidak menyertai edisi Maharaja Lawak Mega akan datang untuk memberi laluan kepada bakat baru.
“Kami rasa pentas ini kami harus bagi peluang kepada mereka yang lain. Semua edisi sebelum ini kami masuk, takkan 2015 nak masuk lagi. Kami sebulat suara untuk tidak menyertai Maharaja Lawak Mega yang akan datang,” ujar Sepahtu.
Pentas Maharaja Lawak Mega selepas ini pastinya akan kurang meriah tanpa kelibat Sepahtu dan Nabil namun siapa tahu akan muncul bakat yang lebih memeriahkan suasana tahun hadapan. Kita doakan yang terbaik untuk kerjaya mereka.

Sumber : Rotikaya