SERAM! Penampakan Pontianak Di Asrama IPTA Di Negeri Sembilan

Sebut saja pasal asrama mesti ada punya kisah seram tersendiri. Selalunya kat asrama ni memang port dia la hantu-hantu ni nak mengacau. Yang paling femes cerita hantu makcik jual karipap ikot tingkap tu hahaa. Sedap tak karipap dia jual tu, korang penah try??

Baru-baru ni penghuni asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM) digemparkan dengan kehadiran satu makhluk aneh yang menyeramkan. Yang lebih seramnya, kelibat makhluk menyerupai Pontianak itu sempat dirakam oleh pelajar UiTM tersebut.

Haaaa.. Tak tidur malam geng-geng asrama tu kalau tengok gambar yang pelajar ni tangkap. Kalau korang tengok gambar ni, nampak jelas yang Pontianak ni tengah berdiri dekat atas balkoni asrama UiTM ni. Dengan berambut panjang berbaju putih gitu.. Hhuuuuww seram giler.

Menurut sumber, kejadian ni berlaku pada Ahad lepas di salah sebuah cawangan IPTA di Negeri Sembilan. Namun lokasi asrama terbabit dirahsiakan, yela kesian pulak dekat student yang menginap dekat asrama tu. Kang nak pi kencing pun bawak rombongan hahaa.

Gambar penampakan Pontianak itu bagaimanapun terus menjadi tanda tanya. Agak-agak korang kan, asli ke tak gambar ni?? Ke dorang saja-saja edit je nak takutkan bebudak hostel.

Tapi benda-benda tahyul macam ni memang wujud pun cuma tak semua yang percaya pasal kewujudannya. Bukan apa sebab dorang tak penah nampak tu je. Cer dorang nampak sekali, terkencing dalam seluar haaa takot.

Alah makhluk halus ni ciptaan Allah S.W.T jugak, buat apa nak takut. Cewahhh cakap besar hahaaa.-TiraGomez/UtaraNews.com

SERAM! Penampakan Pontianak Di Asrama IPTA Di Negeri Sembilan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel