Patutkah?? Pegawai DBKL 'Ludah' Penunggang Motosikal Wanita!


Hai, nak kongsi pengalaman 'buruk' di pagi Jumaat ini.

Dari jalan Genting - Klang ke arah Bulatan Pahang, seorang hamba Allah ini dengan selamba meludah semasa tengah bawa motosikal. 

Saya nampak setempek air liur keluar masa dia tengah meludah itu, tepat menuju ke arah saya dan kawan saya yang sedang bawa motosikal follow belakang sebelah kiri lelaki itu.

Lelaki itu meludah ke sebelah kiri yang mana pada masa itu kami di lorong tengah dan tak sempat nak mengelak. Kebetulan pula visor helmet tak tutup penuh, maka terkenalah pada muka saya. 

Saya rasa, kereta di belakang pun boleh nampak insiden itu sebab banyak kenderaan pada masa tu. Agak-agaklah nak meludah pun, ke kiri jalanlah bongok. Ini tengah-tengah jalan main ludah, agak-agak kena muka korang sendiri macam mana? Dahlah pagi-pagi siap lawa-lawa pakai tudung baru nak pergi kerja, sekali kena ludah.

Kami kejar dan hon motosikal lelaki tu dan dia pun ke tepi motosikal kami. Kemudian, kawan saya tanya,

"Bang, ada ludah ke tadi?"

Dia jawab, "Kenapa?"

"Kena muka akulah!!" balas saya dengan geram.

"Oh yeke?" balas lelaki itu tanpa sebarang rasa bersalah dan kemudian meneruskan perjalanan seperti biasa.

Dia ingat dia pakai uniform DBKL boleh main ludah-ludah? Tak fikir ke orang lain? Kalau diikutkan kawan saya tadi, memang nak ditendang motosikal tu dan ludah bertalu-talu di muka lelaki tu.

Cakap minta maaf pun tidak, semoga Allah mampu membalas perbuatan lelaki itu. Nasib baik sempat snap gambar dia. 

PENGADU - ASMAIRA

Patutkah?? Pegawai DBKL 'Ludah' Penunggang Motosikal Wanita! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel