8 Cedera, Pemandu Ambulan Maut Dalam Kemalangan (5 Gambar)


Tanjung Malim: Pemandu ambulans maut, pembantu jururawat lelaki parah manakala dua jururawat wanita cedera apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 404 Lebuhraya PLUS arah utara, di sini, kira-kira 4 petang ini.

Lima lagi mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) yang turut terbabit dalam kemalangan berkenaan cedera iaitu tiga dewasa dan dua kanak-kanak.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 4.04 petang.




“Difahamkan ambulans berkenaan dari Hospital Kuala Lumpur dan ketika bomba sampai di lokasi kejadian terdapat dua mangsa tersepit namun berjaya dikeluarkan dengan peralatan penyelamat sebelum mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi menyelamat dan menggeluarkan mangsa tersepit diketuai Penguasa Bomba Kanan II, Jamil Mclouse dan operasi turut dibantu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Selangor.

8 Cedera, Pemandu Ambulan Maut Dalam Kemalangan (5 Gambar) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel