Kisah Benar, TERGAMAK Suami Malukan Isteri Di Pasaraya!


Sarie Tanjung, memuat naik kisah sepasang suami isteri di laman Facebook. Difahamkan, kejadian itu berlaku di depan matanya sendiri yang membuatkannya terasa sedih. 

Pada fikiran Sarie, kejadian seperti itu kebiasaannya berlaku dalam drama televisyen. Namun, sangkaannya itu meleset apabila dia diberikan peluang melihat kejadian itu di depan matanya.

"JANGAN PANGGIL AKU SAYANG!"

Tadi pergi ke pekan membeli bahan nak dimasak. Tiba-tiba ada satu keluarga ni datang. Si isteri tengah dukung anak berusia 8 atau 9 bulan. Tangan kanannya pula ada anak kecil (usia 3 tahun) dipimpin. Suaminya pula berlengang. 

Dialog yang menyakitkan hati semua wanita dan kaum hawa dalam dunia ini. Tak kiralah apa bangsa sekali pun, mesti akan marah bila dengar apa yang si lelaki ni cakap.

"Abang, pegang anak kejap," pinta isterinya.

Si suami hanya diam membisu dan buat tak tahu.

"Abang, cari Milo. Nanti terlupa," katanya lagi.

Si suami pula membalas dengan malas, "hmmmm..."

"Abang, mana amat?" tanya isterinya melihat si kecil sudah tidak kelihatan dimatanya.

Si suami memandang kiri kanan (Anak dia ada di sebelah Sarie, bermain dengan kentang yang terjatuh). Melihat anaknya bermain kentang, dia kembali mendiamkan diri.

"Abang, ambillah kejap anak ni, saya nak pilih bawang ni," pujuk si isteri. Namun suaminya tetap mendiamkan diri dan buat tak tahu.

"Sayang, tolonglah saya, nanti rumah tak ada barang nak masak," keluh si isteri yang sudah hampir berputus asa memujuk suaminya.

Tiba-tiba lelaki itu menengking isterinya.

"Oi gemuk! Kau jangan panggil aku 'sayang'! Sayang kat sini ya? Geli aku. Kalau aku tahu kau gemuk macam ni selepas kahwin dengan aku, memang aku tak kahwin dengan kaulah! Menyusahkan aku! Memalukan aku!"

Kata-kata lelaki itu membuatkan wanita itu malu semalu-malunya. Wanita itu terus mengambil anak-anaknya dan membawa keluar dari Pasaraya Billion. 

Barang-barang di dalam troli yang sepatutnya dibeli, terpaksa ditinggalkan begitu sahaja. 

Sedihnya melihat kejadian ini. Mengapa ada lelaki seperti ini? Aku ingatkan dalam drama je. Sedih...

Kredit - Sarie Tanjung & http://www.thehypemedia.com/

Kisah Benar, TERGAMAK Suami Malukan Isteri Di Pasaraya! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel