Pihak Penyelamat Indonesia Dakwa Pesawat AirAsia QZ8501 Mungkin Berada 'Di Dasar Laut'


JAKARTA: Pihak penyelamat Indonesia hari ini mengatakan pesawat Air Asia yang hilang bersama dengan 162 orang penumpang dan anak kapal semalam mungkin berada di dasar laut.

Menurut Ketua Badan Cari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), Bambang Soelistyo, berdasarkan koordinat yang teah didedahkan dan dari analisa mereka menganggarkan pesawat itu berada di dasar lautan.

"Pihak Indonesia tidak mempunyai peralatan pencarian yang cukup seperti kapal selam penyelamat yang diperlukan untuk membawa naik pesawat tersebut dari dasar lautan, tetapi berkemungkinan akan meminta bantuan daripada beberapa negara lain jika perlu."

“Memandangkan kami berhadapan dengan masalah kekurangan alat teknologi, saya telah meminta Menteri Luar supaya kita boleh meminjam daripada negara-negara yang telah menawarkan bantuan kepada kita. Mereka adalah dari United Kingdom, Perancis, dan Amerika Syarikat,” kata beliau.

Pesawat jenis A320-200 keluaran Airbus itu teah hilang dari radar dan terputus hubungan dengan menara kawaan semasa dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura selepas juruterbang dikatakan memintak kebenaran untuk mengubah ketinggian penerbangan diubah berikutan cuaca buruk.

Singapura, Malaysia dan Australia telah menghantar beberapa pesawat ringan dan kapal untuk membantu Indonesia dalam misi mencari di tengah Laut Jawa dengan Amerika Syarikat juga berkata mereka bersedia untuk memberikan sebarang bantuan jika diperlukan.


Sumber-Siakapkeli.com.my

Pihak Penyelamat Indonesia Dakwa Pesawat AirAsia QZ8501 Mungkin Berada 'Di Dasar Laut' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel