Banjir: Mayat Warga Emas Ditemui Hanyut Dibawa Arus Deras Di Tumpat!



TUMPAT - Seorang warga emas ditemui lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika meredah banjir di Chabang Tiga Kepulau pagi ini.

Mangsa, Mat Razali Mat Ail, 58, dari Kampung Palekbang disedari hilang oleh keluarganya jam 3 petang semalam selepas mangsa keluar dari pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Palekbang untuk membeli rokok.

Mangsa dikatakan keluar meredah banjir sedalam hampir dua meter, sejauh satu kilometer, bagaimanapun ketika dalam perjalanan balik ke pusat pemindahan, mangsa dihanyutkan arus deras.

Mayat mangsa ditemui anggota bomba pada jam 10 pagi tadi tersangkut di pukat berdekatan jambatan Kepulau. - Sinar Harian

Banjir: Mayat Warga Emas Ditemui Hanyut Dibawa Arus Deras Di Tumpat! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel