Sayu: Jenazah Adik Rafikin Ditemui Di Celah Batu (6 GAMBAR)




Ayah kepada arwah sedang menunggu bantuan.
                                       
Mangsa hilang di Hutan Lipur Sekayu, Ahmad Rafiqin Azman,16 telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar jam 4.00 petang tadi. Beliau yang hilang sejak 1 November lalu ketika ditemui telahpun meninggal dunia, berdasarkan laporan diterima mayat mangsa berjaya ditemui di celah batu.

Dari keadaan mayat yang ditemui, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam. Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat. 






Dalam keadaan hujan yang lebat, operasi membawa turun mangsa menjadi sedikit sukar dan memakan masa hampir 3 jam dengan laluan yang licin dan lembap.


Suasana sayu menyelubungi kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan SAR membawa turun jenazah. Mangsa dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat. Al-fatihah salam Takziah untuk keluarga Adik Rafiqin

Sayu: Jenazah Adik Rafikin Ditemui Di Celah Batu (6 GAMBAR) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel