Kisah tentang penajaan Che Ta bersalin ni nampaknya masih lagi belum sampai ke penghujungnya. Kalau sebelum ini ramai yang mengkritik hospital yang menaja Che Ta, isu lain pula timbul setelah Che Ta selesai melahirkan bayinya.
Pelbagai komen yang telah diberikan oleh peminat Che Ta tentang kelahiran bayinya di ruangan komen dalam gambar yang telah dimuat naik oleh Che Ta di Instagramnya. Ada yang memuji, ada yang mengutuk dan tak juga ada lagi yang masih mengungkit-ungkit kes tajaan bersalin Che Ta.
Marah dengan kritikan-kritikan negatif itu, Chef Wan tampil memuat satu status di Instagramnya. Chef Wan dengan nada yang cukup marah menegur segelintir masyarakat yang kuat mengata sehingga mengatakan mereka yang bertudung tapi mengata ini patutnya berte-lan-jang sahaja.
Jarang kita boleh dengan Chef Wan bersuara.. Rasanya perasaan geramnya dah meluap kali ini. Bagaimanapun, ada benarnya apa yang dikatakan Chef Wan ini. Renung-renungkanlah Sumber- Siakapkeli.com.my