Kami sekadar berkongsi.Artikel ini adalah 100% milik : http://www.azlitamasammanis.com/
Kalau nampak buah mangga.. adoiii... kecur liur di buatnya kan..
Ita ni cukup suka makan buah mangga. Terutamanya yang muda dan rangup, apatah lagi yang masam.. sedap sungguh kalau dapat di cicah dengan gula dan kicap.. uiii... dah mengences air liur ni..
Biasanya mangga muda di jadikan jeruk atau ada juga yang membuat sambal belacan. Kalau mak ita dia tak benarkan pokok mangga atau buah mangga dari pokoknya di jadikan sambal belacan.. katanya nanti buahnya buruk.. atau busuk dalamnya. Kata mak itu adalah petua orang lama.. mak selalu ingatkan supaya kami tak melanggar pantang turun temurunnya. Jadi.. kalau terasa nak makan sambal mangga muda terpaksalah beli di pasar atau ke pasar tani..
Mangga yang di jadikan jeruk memang sangat enak. Ibu mertua ita cukup pakar dalam membuat jeruk. Boleh dikatakan jeruknya lebih enak dan lebih lazat dari jeruk yang di jual di pasaran. Rasanya yang manis sedang-sedang bertambah lagi keranggupan mangga bila di gigit itulah yang membuatkan ita asyik teringat-ingat aje jeruk air tangan ibu mertua..
Sejak akhir-akhir ini rata-rata di FB ramai yang menayangkan Jeruk Mangga Asam Boi. Aduh.. naik mengences air liur bila memandangnya.. Bertambah menitik-nitik air liur ini bila terpandang asam boi yang tergolek-golek di dalam balang..
Resepi asal ni ita tak pasti dari siapa.. tapi ita pernah makan jeruk ini sebelum ini yang banyak di jual di pasaraya. Harganya boleh tahan juga mahalnya kerana dia di timbang dalam gram.
Hari ini ita dapat tempahan untuk membuat jeruk mangga asam boi.. ada yang mengidam katanya.. ^_^
Bila dah berhajat ita pun tumpang sekaki. Ita buat banyak sikit. Mujur sewaktu lalu di hadapan pasar nampak banyak gerai menjual mangga muda. Ita pun apa lagi.. capailah mana yang patut.. dengan harapan dapatlah melempiaskan hajat..
Buat jeruk asam boi ni tak lah susah mana.. bahan pun mudah aje.. tak banyak pun bahannya. Jom kita intai bahan yang kita perlukan sebelum ita tunjukkan bagaimana cara dan kaedah penyediaan jeruk asam boi yang mudah ini
JERUK MANGGA ASAM BOI
4 biji mangga muda
20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ ita tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!
Kupas dahulu mangga muda. Buang kulitnya, buang biji dan sabut tengahnya. Kemudian hiris nipis.
Ita ikut cara ibu mertua, rendam dahulu mangga dengan air kapur. Menurut kata ibu mertua ita ianya bertujuan meranggupkan buah mangga kita supaya dia tidak lembik bila telah menjadi jeruk.
Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.
Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata
Akhir sekali masukkan asam boi.
Ita tambahkan limau nipis. Limau ni tak payah perah masukkan aje.. kalau guna limau kasturi lagi sedap!
Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk.
Kemudian kita masukkan dalam bekas.
Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati.
ya Allah sedapnyaaa....