Luahan Bapa Ahmad Rafiqin Kepada Seluruh Warga Malaysia!
KUALA BERANG – Bapa kepada Ahmad Rafiqin Azman, Encik Azman Othman, meminta orang ramai berhenti menyebarkan gambar dan cerita palsu mengenai anaknya di internet.
Sebelum ini heboh tentang kejadian adik Rafiqin ,16, yang di temui maut selepas empat hari hilang ketika menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang
Azman Othman, 50, berkata, perbuatan begitu tidak menghormati sensitiviti dan menambah kesedihan beliau sekeluarga.
“Saya dapat maklumat ada gambar dan cerita tidak benar mengenainya disebarkan. Jadi, saya minta berhentilah sebar gambar dan cerita yang tidak benar mengenai arwah di laman sosial," katanya.
Beliau berkata, Ahmad Rafiqin seorang anak yang baik, hormat ibu bapa dan guru serta bijak.
"Jadi, saya mohon agar sebarang gambar yang mengarut, cerita dan khabar angin dihentikan serta-merta,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.
Menurutnya lagi, beliau telah menerima laporan saintifik dan maklumat sebenar mengenai kematian anaknya itu dan berharap tiada lagi spekulasi ditimbulkan berhubung kematian anaknya.
“Kami telahpun dapat maklumat sebenar daripada pihak hospital dan kami menerima bukti saintifik bahawa beliau meninggal dunia kerana lemas,” katanya.
Azman bagaimanapun mengucapakan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam usaha mencari anaknya itu.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa beri sokongan kepada saya dan keluarga dalam menghadapi saat sukar seperti ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri dan setiap individu yang bersama di lokasi dalam misi mencari arah anak saya," katanya.
Azman berkata, beliau diberitahu usaha mencari bukan sahaja dari dalam Terengganu malah mereka dari luar negeri itu melalui doa dan solat hajat.
"Saya amat menghargai doa bagi kesejahteraan kami sekeluarga dan berharap agar arwah disemadikan dengan tenang dan ditempatkan bersama orang beriman,” katanya.
Berikutan kejadianini , dia tidak lagi akan membenarkan ahli keluarga terlibat dalam aktiviti lasak seperti itu bagi mengelak perkara sama berulang.
“Kita sudah buat ketetapan dalam keluarga, kalau boleh tidak ada lagi penglibatan keluarga dalam acara lasak. Tragedi boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga," katanya.
Sumber-Siakapkeli.com.my
Related Articles :
Patutlah Nak Pindah ke JDT! Inilah Gaji Bulanan Azrif Nasrul Haq Dari Pasukan SelangorAzrif Nasrulhaq tidak bersetuju gaji yang diterima 40k sebulan oleh pasukan Selangor Kredit: http://beritapsiko.blogspot.com ...
Pedas Berapi! Respons Terbaru Anak Zahid Hamidi Ini Bakal Buatkan Anda SENTAP! Susulan 'diserang' dari pelbagai pihak, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, tampil memberikan responnya biarpun bakal mengetahui penj ...
Padah Terlalu Kerap Minum Air Berkarbonat, Lihat Apa Yg Berlaku Pada Lelaki Ini! BUKIT MERTAJAM – Tiada siapa menyangka seorang pemuda yang pernah mencapai berat badan 100 kilogram (kg) suatu masa dahulu kini ...
Nama 'Harimau Malaya' Diganti Dengan Nama Baharu Yang Lebih Moden, Jom Tengok! KUALA LUMPUR, 2 Februari 2016: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini membuat pengumuman untuk mengguna nama baharu untuk skua ...
Berani Ke Nak Ciplak Jersi Baharu Kelantan? Ini Amaran Tegas Dato Vida! KOTA BHARU – Saman RM1 juta akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat pengeluar baju di negara ini jika didapati menciplak jersi ...