Video Mangsa Buli Dipaksa Jilat Jalan, Menyalak Seperti Anjing Jadi Viral
PETALING JAYA, 2 Feb: Satu video yang merakamkan dua pelajar sekolah dibuli oleh sekumpulan remaja menjadi viral di media sosial.
Klip video berdurasi 35 saat yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu, telah ditonton lebih dari 45,000 kali dan mendapat sekurang-kurangnya 184 komen yang mengutuk tindakan kumpulan terbabit.
Di dalam video tersebut merakamkan seorang pelajar sekolah menengah dipaksa menjilat jalan oleh sekumpulan remaja. Selain itu turut kelihatan seorang rakan mangsa berdiri di berdekatan.
Menurut laporan The Star, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata enam remaja berusia antara 18 hingga 20 tahun ditahan berikutan kejadian.
"Kesemua suspek ditahan pada Isnin. Kami juga turut merampas enam telefon bimbit"
"Mereka direman tiga hari sehingga Khamis ini", kata beliau.
Menurut Zani juga, siasatan mendedahkan mangsa merupakan seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Sea Park di sini.
"Suspek memaksa mangsa menjilat jalan dan menyalak seperti anjing selepas mangsa dituduh mengambil gambar wanita tanpa kebenaran", katanya sambil menambah insiden berlaku pada minggu terakhir bulan Januari. - Siakapkeli.my
Related Articles :
'Johor KELUAR Malaysia' - Penjelasan TMJ Isu Arah Turun Bendera Malaysia Di Seluruh Johor! Menjelaskan mengenai arahan penurunan bendera hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim menafikan dakwaan dan spekul ...
(7 Gambar) Dulu Gadis Berhijab Ini Sering Dihina, Diejek Kerana Tidak Cantik, Tapi Lihatlah Sekarang! Dulunya gadis berhijab ini sering dihina kerana tidak cantik dan kelihatan selekeh, namun setelah membesar jadi dewasa inilah ga ...
SubhanAllah ! Lelaki Ini Tipu Jiran Nak Pinjam Cangkul Untuk Tanam Uri, Rupanya Untuk... Boleh pinjam cangkul ? Nak tanam uri. KLANG - Itulah alasan yang diberikan oleh suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusi ...
(30 Gambar) Terkejut Beruk! Inilah Hasil Kerja Dari Kontraktor Melayu Bumiputera Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah setahun rumah yang direnovate oleh Abd Rahman melalui syarikatnya Onestop Renovationsll siap s ...
Cara Tanggalkan '"Road Tax" Kereta Tanpa Tinggal Kesan Gam Di Cermin, Memang Terbaik! Bagi pemilik kereta, van dan lori, sudah pasti dan masak dengan masalah untuk menampal pelekat cukai jalan di cermin kenderaan anda ...