Sayu, Luahan Ibubapa Awa, Kanak-Kanak yang Maut Terjatuh Dalam Tangki Kumbahan
Jasin: "Saya tidak percaya selagi tidak nampak jasadnya, jadi saya masih bertenang apabila tiba di sekolah sehinggalah saya nampak seluar trek dipakai ketika anak saya dikeluarkan dari tangki kumbahan.
“Ketika itulah saya pasti yang itu adalah anak saya," kata Raja Mohamad Shahrunnizam Raja Harun, 44, bapa kepada Raja Nur Najjuwa Arianna,7, yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sekolahnya.
Memetik laporan Sinar Harian, Raja Nur Najjuwa Arianna, 7, ditemui meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh di dalam lubang kumbahan di belakang tandas Sekolah Rendah Agama, Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai.
Menurut Raja Mohamad Shahrunnizam Raja Harun, 44, dia memang betul-betul tidak menyangka anak yang dipanggil Awa itu terjatuh ketika berlari dengan kawan-kawannya selepas dimaklumkan guru berhubung kejadian.
“Ustazah telefon beritahu Awa jatuh dan selepas sampai sekolah saya terkejut rupanya dia jatuh dalam lubang kumbahan.
“Mula-mulanya saya tak percaya sampaikan saya nampak seluar trek kepunyaan arwah,”katanya selepas ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Penghulu Benteng di sini, hari ini.
Dia dan isteri-isterinya Noor Azlina Roslan, 32, dan Hamimahwati Abu Bakar, 48, masih lagi bersedih dan terkejut dengan pemergian anak kelima dari tujuh beradik itu.
“Kejadian masih baru lagi berlaku, kami tak dapat nak fikir lagi apa-apa. Tapi saya reda dengan cara dia pergi. Ini dah ketentuan,” katanya. - Siakapkeli.my
Related Articles :
Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2016 Online, Duit Dah Masuk Ke?? Panduan Cara Buat Semakan Status Permohonan BR1M 2016. Hendak tahu status permohonan BR1M 2016 anda samada berjaya atau tidak ...
Benarkah? Guru Agama Dakwa Dipukul Dua Polis, Diberitahu "Pergi Mampus Dengan Motosikal Hang"! ALOR SETAR - Seorang guru agama mendakwa dia telah dicederakan di kepala dan tangan setelah digari, dipukul dan ditumbuk oleh d ...
Cerita Sebenar Pelajar Tingkatan 2 Patah Kaki Dihempap Dinding Konkrit! Kredit foto : MyMetro Beaufort, 29 Jan: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 1 pata ...
Dah Kantoi, Bagi Alasan Tak Masuk Akal Pulak! Korang Baca Sendiri... ANGGOTA penguat kuasa JAIK (kiri) menyoal siasat pasangan yang dicekup berkhalwat malam kelmarin. Alor Setar: Seorang lelaki sanggu ...
Pendedahan Mengejutkan Mengenai Amalan Minum Jus Betik, Sup Ketam dan Minuman Isotonik untuk Denggi! KUALA LUMPUR - Amalan minum jus betik, hirup sup ketam dan minum minuman isotinik hanyalah mitos semata-mata, malah tidak dapat m ...