Home /
Semasa /
Benarkah? Guru Agama Dakwa Dipukul Dua Polis, Diberitahu "Pergi Mampus Dengan Motosikal Hang"!
Benarkah? Guru Agama Dakwa Dipukul Dua Polis, Diberitahu "Pergi Mampus Dengan Motosikal Hang"!
ALOR SETAR - Seorang guru agama mendakwa dia telah dicederakan di kepala dan tangan setelah digari, dipukul dan ditumbuk oleh dua anggota polis di Balai Polis Gurun pada Selasa lalu.
Guru terbabit, Mohd Na'im Zakaria, 29, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Sungai Daun berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 malam apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya ditahan oleh anggota polis dalam sekatan jalan di hadapan balai tersebut.
"Saya dalam pejalanan pulang ke rumah di Kampung Haji Majid, Guar Cempedak selepas menghadiri majlis perkahwinan di Sungai Petani. Sampai di tempat kejadian seorang anggota polis berpangkat sarjan telah meminta lesen memandu untuk diperiksa.
"Anggota polis terbabit menanyakan mengenai kuasa motosikal yang saya tunggang dan apabila saya menjawab pertanyaannya, saya terus dimaki dan dimarahi kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Portal berita NST pula melaporkan guru tersebut turut memberitahu polis tersebut turut memakinya dengan berkata "pergi mampus la dengan motosikal hang" dan juga merendahkan profesennya sebagai guru agama dengan berkata "hang cikgu bodoh".
Selain itu, Mohd Na'im turut berkata polis berkenaan turut menggari tangannya dan membawanya masuk ke dalam balai tanpa memberitahu kesalahan yang dilakukan.
"Masuk sahaja dalam kawasan balai mereka terus menyepak kaki, menumbuk bahagian belakang dan kepala dan mengheret saya seperti seorang penjenayah.
"Selain itu, mereka turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memperlekeh kerjaya saya sebagai seorang guru.
"Tindakan mereka itu telah menyebabkan kepala saya berdarah selain mengalami lebam di bahagian tangan akibat digari. Saya juga telah ditahan di lokap hampir lima jam dan ini menyebabkan saya menjadi trauma dan terkilan dengan tindakan dua anggota polis terbabit," katanya.
Na'im berkata dia telah membuat laporan di pondok polis di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada keesokan harinya (10 Februari) ketika mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut. - Siakapkeli.my
Related Articles :
Nama 'Harimau Malaya' Diganti Dengan Nama Baharu Yang Lebih Moden, Jom Tengok! KUALA LUMPUR, 2 Februari 2016: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini membuat pengumuman untuk mengguna nama baharu untuk skua ...
Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2016 Online, Duit Dah Masuk Ke?? Panduan Cara Buat Semakan Status Permohonan BR1M 2016. Hendak tahu status permohonan BR1M 2016 anda samada berjaya atau tidak ...
'Sampai Hati Awak Sebarkan Gambar & Video Bogel Saya' - Luah Hana, Mangsa Cinta Monyet Media SosialBUTTERWORTH - Terperangkap dengan cinta monyet, ramai gadis menanggung malu sepanjang hayat selepas gambar b0gel mereka yang hanya ber ...
Pendedahan Mengejutkan Mengenai Amalan Minum Jus Betik, Sup Ketam dan Minuman Isotonik untuk Denggi! KUALA LUMPUR - Amalan minum jus betik, hirup sup ketam dan minum minuman isotinik hanyalah mitos semata-mata, malah tidak dapat m ...
Isu 2.6Bilion, Ini Respons Zahid Hamidi Yang Buatkan Rakyat Pelik, KANTOI LAGI! Seluruh rakyat Malaysia terutama sekali ahli parti pembangkang, sepatutnya sudah mula insaf dan tidak lagi menyoal isu berhubung da ...