Home /
Semasa /
Viral /
(3 Gambar) Mohon Orang Johor Berhati-hati! Jangan Tersalah Beli Alas Kaki Ini, Jom Tengok!
(3 Gambar) Mohon Orang Johor Berhati-hati! Jangan Tersalah Beli Alas Kaki Ini, Jom Tengok!
Johor Bahru: Perbuatan dua pemilik kedai serbaneka di negeri ini yang bertindak menjual ratusan alas kaki yang mengandungi ayat suci al-Quran menyebabkan pengunjung terutamanya orang Islam terkejut kerana menganggap perkara itu sebagai penghinaan.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, tindakan telah diiambil oleh agensi-agensi berkaitan terhadap premis tersebut pagi semalam.
Mutalip berkata dia yakin tindakan menjual alas kaki yang mengandungi ayat suci al-Quran itu sebagai satu perbuatan yang bermaksud menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam.
Tambah beliau, pihaknya telah merampas barangan-barangan itu setelah menerima aduan dari pelanggan premis perniagaan di Taman Johor Jaya dan Taman Teratai itu.
“Sebanyak 360 alas kaki yang menggunakan pelapik mengandungi ayat suci al-Quran dirampas dan mengikut maklumat, ia dihasilkan di sebuah kilang di Melaka sebelum dijual di Johor.
“Mungkin ramai peniaga di luar tidak memahami soal sensitiviti umat Islam kerana ia bukan sekadar membabitkan makanan halal, malah perkara yang membabitkan penggunaan ayat suci al-Quran,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (PERIMAU), Mohd Ridhwan Othman pula berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai perkara itu.
Tambah beliau setiap peniaga perlu berhati-hati berkaitan produk yang dijual supaya kegiatan tidak mereka tidak menjejaskan sensitiviti orang ramai.
Kata beliau juga, perbuatan pemilik kedai tersebut harus dipandang serius dan dikenakan tindakan sesuai supaya dijadikan pengajaran buat peniaga lain.
“Ia bukan saja menjejaskan sensitiviti umat Islam, sebagai masyarakat majmuk kita perlu menghormati agama masing-masing,” katanya. - Siakapkeli.my
Related Articles :
Lawak MLM2016 Makin HAMBAR! Ini Komen Pedas Sharnaaz dan Respon Balas Johan Raja Lawak! Lawak MLM 2016 semakin hambar dan ke laut, ini komen pedas Sharnaaz dan respon balas Johan Raja Lawak yang sangat menusuk di hati. ...
Komen Terkini TMJ Mengenai Undang-Undang FAM Mengejutkan Semua Pihak... MENUSUK! Pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menempelak tuntutan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur ( ...
Terkini Kes DERMA: Selepas Adakan Mesyuarat, SPRM Tampil Buat Kenyataan Mengejutkan Ini! KUALA LUMPUR, 27 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membentangkan semula keputusan Peguam Negara, Tan Sri ...
'Saya Pindahkan Semua Wang Kerana Tidak Lagi Percayakan Tabung Haji!' "Selamat Tinggal Lembaga Tabung Haji" Saya tidak suka memberikan komen mengenai politik. Saya lebih gemar menjadi pemerhati yang se ...
Tidak Tahan Bapanya Dikeji Dihina, Luahan BERANI Anak Bongsu Ahmad Bashah! Kedah - Krisis Menteri Besar di Kedah akhirnya berkesudahan dengan pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar yang baharu.Namun, ...