![]() |
| PELAKON dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak kira-kira jam 5 petang tadi. BUKIT MERAH - Pelakon dan pelawak tanah air, Harun Salim Bachik, 55, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang di Ka#wasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol sebentar tadi. Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan. Difahamkan Allahyarham bersam#a keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R. Jenazah kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut. Pada masa sama, penyanyi terk#enal, Datuk Hattan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan pelakon, Ebby Yus tentang pemergian Allahyarham untuk membantu bagi melancarkan pengurusan jenazah. Sumber |

