Home /
Luar Negara /
Pelanggan Jumpa Bangkai Tikus Dalam Sup, Ini Tindakan Pengurus Restoran Berkenaan!
Pelanggan Jumpa Bangkai Tikus Dalam Sup, Ini Tindakan Pengurus Restoran Berkenaan!
Gaoping (China): Sebuah restoran stimbot di sini dikecam selepas gambar bangkai seekor tikus yang ditemui di dalam sup seorang pelanggan tersebar melalui aplikasi WeChat sejak Isnin lalu.
Pelanggan itu memuat naik gambar berkenaan dengan kapsyen: “Saya tidak akan makan di restoran Wangqingshui lagi! Tak sangka perkara ini berlaku kepada saya.”
Pengurus restoran itu, Ge Qing mengesahkan ketulenan gambar terbabit.
Katanya, dia membayar sebanyak 20,000 yuan (RM11,800) kepada pelanggan itu sebagai pampasan dan menawarkan makanan percuma.
“Kami menjalankan penghapusan tikus secara rutin. Saya tidak tahu bagaimana bangkai haiwan itu boleh berada dalam sup berkenaan,” katanya.
Seorang pelayan, He Liping berkata, dia menghidangkan makanan itu kepada empat pelanggan di restoran berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari (waktu tempatan).
“Bangkai tikus itu saya cedok dari dasar sup selepas saya memasukkan ikan todak di dalamnya,” katanya.
Penyiasat dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan memberitahu, Qing tidak segera melaporkan penemuan itu kerana menyangka perkara berkenaan boleh diselesaikan dengan wang.- Agensi
Related Articles :
Akibat Ketagihan Internet yang MELAMPAU, Remaja Cina Ini Lakukan SESUATU YANG TAK MASUK AKAL! Seorang remaja dari China bertidak nekad memotong pergelangan tangan kirinya hanya kerana untuk menyembuhkan masalaha ketagihannya t ...
(7 GAMBAR) Lelaki China Bina Replika Tranfomers Gergasi Dari Bahan Terbuang! We can guarantee you’ve never seen Transformers like this before. Some of these replicas are 52 feet tall and if you want to buy one ...
Jangan Terkejut Kalau Anda Tahu Kenapa Lelaki Ini Sanggup Berlutut Berjam-jam! CHANGCUN, JILIN - Seorang lelaki kelihatan berlutut berjam-jam lamanya menghadap sebuah bangunan apartmen biasa dalam kedinginan ...
(GAMBAR) 35 Terbunuh, 48 Cedera pada Sambutan Tahun Baru di Shanghai Hanya Kerana Berebut Benda Ni! SHANGHAI: Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di China bertukar tragedi malam tadi apabila 35 orang dilaporkan terbunuh manakala 48 lagi ...
Pencuri Yang SANGAT PELIK,Apa Yang Bakal Anda Saksikan Amatlah MENGEJUTKAN! (7 Gambar) Kes ini berlaku di Wilayah Shaanxi China.. Pihak polis berjaya menahan seorang pencuri yang berkerja di sebuah penginapan. Pencuri ...