Bapa Kesal Sekolah Paksa Pelajar Beli Baju Sukan Untuk Wakili Sekolah!
Seorang bapa kepada pelajar sebuah sekolah di Hulu Langat, Naharuddin Hanif telah melahirkan rasa kesal terhadap tidakan sekolah tempat anaknya belajar selepas dikatakan telah memaksa anak-anaknya untuk membeli pakaian sukan untuk mewakili sekolah di peringkat daerah.
“Saya tak faham kenapa pihak sekolah tidak menyediakan pakaian untuk pelajar atau atlet yang mewakili sekolah sedangkan itu adalah tanggungjawab sekolah. Murid yang mewakili sekolah pun bukannya ramai tetapi pihak sekolah tetap memaksa murid-murid ini minta duit dengan ibu bapa supaya membayar baju yang disediakan.
“Logik akal, murid-murid ini terpilih mewakili sekolah untuk bertanding di peringkat daerah dan sepatutnya semua kelengkapan ini telah disediakan oleh pihak sekolah dari awal lagi tanpa menyusahkan ibu bapa,” katanya dipetik dari MalaysiaGazette ketika ditemui di Sungai Serai di sini hari ini.
Beliau menyifatkan tidakan pihak sekolah tersebuat amat menyusahkan dan tidak beretika kerana memaksa untuk membeli baju tersebut.
“Lebih teruk lagi, pihak sekolah meminta murid membeli sendiri kasut untuk acara larian yang harganya tidak kurang daripada RM150 sepasang. Ini semua hanya untuk menyenangkan pihak sekolah tanpa perlu keluar duit melainkan menggunakan kenderaan guru untuk ke lokasi pertandingan."
“Salahkah jika pihak sekolah beli kasut untuk acara larian atau peralatan lain dan guna bila perlu seperti yang berlaku pada anak saya hari ini,” tegasnya.
Menurut beliau lagi, pada tahun lalu kumpulan koir sekolah anaknya itu telah terpilih ke pertandingan akhir peringkat sekolah rendah bagi daerah Hulu Langat dan perkara ini turut terjadi di mana kumpulan yang terdiri daripada 15 murid itu juga telah diarahkan membeli pakaian sendiri sesuai dengan kehendak pihak sekolah.
“Patut atau tidak ibu bapa yang sediakan pakaian untuk kumpulan koir sekolah sedangkan mereka ini mewakili sekolah? Kalau ikutkan rasa hati, memang saya tak benarkan anak saya ikut serta pertandingan koir tersebut tetapi sebab kasihankan anak, saya ikut kehendak sekolah.
“Apa yang dapat saya simpulkan, pihak sekolah sengaja mengumpan murid-muridnya untuk kepentingan sendiri yang pada masa sama menyusahkan ibubapa,” katanya.
Beliau meminta kepada kementerian pelajaran supaya menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan. Bagi beliau perkara ini bukan melibatkan duit tapi tindakan pihak sekolah seolah-olah memaksa ibu bapa dan murid-murid.
“Saya tak tahu sama ada ini kes terpencil atau tidak tetapi apa yang dilakukan oleh pihak sekolah seperti ini amat dikesali lebih-lebih lagi bila murid dijadikan umpan untuk dapat duit," ujarnya. Siakapkeli.com.my
Related Articles :
Berita Pelik Ini Hari, Percaya ke Tak? Percaya atau tak....???? Sumber: http://ohsenyum.blogspot.my/ ...
Pekerja Bangladesh Hidup Dengan RM35 Sahaja Sebulan, Ini Kisahnya! Hidup dengan hanya menggunakan RM35 sebulan? Mungkin ia nampak macam mustahil tapi sebenarnya, itu lah realiti bagi seorang pekerja ...
(3 GAMBAR) Wanita Dengar Bunyi Pelik Di Dalam Dinding, Bila Dipecahkan, Rupanyaa... !! Seorang wanita mendengar bunyi pelik di dalam dinding dan selepas dipecahkan, kelihatan seekor anak kucing yang masih lagi hidup. ...
Kisah Saudara Baru Tidak Diterima Keluarga Dan Diberi Angpow Berisi Duit Orang Mati Gambar Hiasan Pilu hati ini membaca kisah seorang Saudara Baru yang mencerikan kisahnya tidak diterima keluarganya sendiri.Beliau y ...
Perghh : Nasi Ayam RM2, sirap 50 sen jadi tarikan DENGAN hanya berbekalkan dua 'magis' iaitu harga murah dan sajian yang enak sebuah gerai makan yang bernama 'Menu Sejahtera ...